Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Januari 2011

Pelik Kenapa Bawa Minyak Masak Keluar Dari Kedai Makan ?



Dalam jam 6.30 petang tadi, saya ke satu kedai tomyam. Masa duduk tunggu makanan dibungkus tu, ada satu lori kecil datang bersama dua orang lelaki. Saya nampak, lori tu bawa bertin-tin minyak masak. Saya sangka orang tu nak hantar ke kedai tu, tapi tidak.

Orang tu bawa turun dari lori tu tiga tin besar kosong kemudian masuk ke dapur kedai tu. Tak lama kemudian orang tu keluar dengan tiga tin yang sama, tapi sekarang sudah diisi dan saya nampak tin tu berat. Apa yang dibawa tu ?  Saya rasa dia bawa keluar minyak masak. Takkanlah bawa keluar air pulak. Minyak masak apa ? Saya rasa minyak masak yang dah digunakan.

Kenapa orang tu ambil dan bawa naik ke lori ? Bukan sikit tapi bertin-tin sudah ada dalam lori kecil tu. Kenapa dan apa gunanya minyak yang dah digunakan tu ? Tolong buang ? Rasa tak mungkin... Jadi, nak buat apa ?

Adakah nak dikitar semula dan dijual semula ? Entah, saya tak tahu. Saya sekadar bercerita dan masih tertanya-tanya.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz,

    Minyak masak tersebut dibeli dari kedai tersebut dan dikitar semula untuk dibungkus dan dijual.

    Dikhuatiri sekiranya minyak masak tersebut telah dicampurkan dengan minyak masak terpakai yang yang dibeli dari kedai cina yang goreng "pork".

    BalasPadam
  2. kitar semuala kot ustaz..hehehehe... ^_^

    BalasPadam
  3. salam tuan kadi

    setau sy la..minyak tu akan diretreat/recycle semula dan akan di eksport kenegara ke 3 ..

    BalasPadam
  4. Salaam,

    Memang ada industri belakang rumah recycle minyak masak terpakai. Pembekal utama adalah hotel dan rangkaian makanan segera hotel. Tidak perlu modal besar dan tiada sebarang pemantauan dan saya juga syak mereka buat kerja tanpa lesen kecuali mungkin satu dua syarikat sahaja. Masalahnya TIADA sebarang tindakan dari mana mana pihak berkuasa kerana SEMUA nya menunggu LAPORAN/ARAHAN. Ya lah ... buat apa beriya iya bekerja sedangkan boleh rehat di pejabat berhawa dingin mengadap komputer bermuka buku dsb.

    BalasPadam
  5. Salam.dulu saya ada restoran...mahal jugak dapat jual minyak recyle tuh...

    BalasPadam
  6. Jangan terkejut pulak - ada pembeli2 minyak masak terpakai ni datang beli minyak terpakai dari restoran2 / kedai makan bukan Islam / Cina yang ada menjual / memasak daging khinzir.
    Minyak itu dicampur sekali kemudian diproses untuk disulingkan / dikitar semula kemudian setelah jernih di 'packing'/ di bungkus baru dan dijual dipasar2 malam malah dikedai2 runcit dan dibeli pula oleh pelanggan2 orang Islam / Melayu. Minyak itu tetap harap digunakan apa lagi untuk didalam penyediaan makanan.....Oleh itu sebagai langkah terbaik - kita jangan beli minyak masak yang dijual dalam bungkusan itu (packed).

    BalasPadam
  7. Salam, Ustaz. Ramai pakar kat atas tu. Saya bekerja dgn Jabatan yg memantau pembelian dan jualan minyak masak terpakai ini. Urusniaga jual beli minyak terpakai ini perlu lesen dari MP..Biasa nya minyak itu diguna dlm campuran proses makanan ternakan. Benar minyak dari restoran n hotel tu ada kemungkinan bercampur minyak lepas gorengan Khinzir dan seangkatannya. Tidak benar minyak dikitar semula untuk dijadikan minyak masak. kos sulingan adalah tinggi. Minyak masak telah diberi subsidi. Kalau syak beli myk masak berjenama. kalau tahu minyak disuling semula sila le lapor dan jangan kata tiada pemantauan...

    BalasPadam
  8. inilah masalahnya, bila kita tidak tahu jangan buat tuduhan melulu. setahu saya minyak masak terpakai ini boleh dijadikan bahan utama biodiesel dan makanan ternakan haiwan. tetapi tidak dinafikan juga ada segelintir manusia yang mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira halal dan haram.

    BalasPadam
  9. Utk info, minyak masak yg dh digunakan bleh diproses semula utk dijadikn bahan len spt sabun dll... Persatuan penduduk tmpt sy tinggal di Desa Mentari dh lama buat benda ni..

    BalasPadam
  10. minyak tu diorang nak buat minyak selender

    BalasPadam

Dipersilakan komen.