Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Januari 2011

Selepas Tunisia, Politik Mesir Pula Bergolak


Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara ekoran berlaku tunjuk perasaan besar-besaran, semalam. Beliau pada awalnya hanya mengisytiharkan perintah berkurung di tiga wilayah iaitu di Kaherah, Alexandria dan Suez, tetapi telah memperluaskannya ke seluruh negara.

Perintah berkurung itu berkuat kuasa dari pukul 6 petang hingga 7 pagi (waktu tempatan) sehingga notis pemberhentian diumumkan. Pasukan tentera telah ditempatkan untuk membantu polis melaksanakan perintah itu dan mengawal keselamatan serta melindungi harta benda awam

Kejatuhan Bekas  Presiden Tunisia

Krisis politik di Tunisia yang membawa kejatuhan presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali, tidak mustahil akan mempengaruhi politik Mesir yang banyak persamaan dengan politik Tunisia. Beberapa tunjuk perasaan berlaku di Mesir yang mendesak presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Nasihat saya, diharapkan kepada pelajar Malaysia yang berada di Mesir tidak terlibat di dalam tunjuk perasaan ini.

Pengajaran Pada Semua

Politik di Tunisia ini semoga dapat dijadikan pelajaran bagi pemerintah di seluruh dunia, ke arah politik yang adil amanah, berjiwa rakyat dan  menjalankan amanah sebagai pemimpin. Tidak kira mana-mana parti politik, mereka memikul tanggungjawab yang besar kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.