Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Januari 2011

Dua Kantin dan Dua Isteri ?


Dalam satu ceramah berkaitan keusahawanan dan perniagaan Islam baru-baru ini, ada seorang tu bertanya saya selepas selesai ceramah. Ramai yang hadir adalah terdiri dari peniaga kecil dan sederhana.

Masa ceramah tu saya kata, berniaga ni  kena cari peniaga yang jujur. Jujur ni memang susah kita nak kenalpasti orang tu jujur atau tidak. Saya kata, antaranya kita pilihlah pekerja yang tak tinggal solat. Saya kata lagi, kalau boleh juruwang terdiri daripada isteri atau anak perempuan. Itu yang saya kata, tapi orang tu ada benda lain yang dia nak beritahu saya.

"Ustaz, saya berniaga di dua kantin sekolah. Kedua-duanya isteri saya jaga dan saya percaya isteri saya amanah dalam bab duit ni". Kata lelaki tu.

"Yer, betullah isteri kita boleh kita percayai. Tapi dia nak jaga dua kantin, kan payah, kantin pun jauh-jauh". Kata saya.

Dia tersenyum, tergelak sikit dia, kemudian dia kata.

"Hehe ustaz, saya ada dua kantin dan dua isteri. Seorang isteri jaga satu kantin". Kata lelaki dalam usia 40-an tu.

Terdiam juga saya dan dalam maksudnya. Balik tu saya terfikir, kenapa dia cerita bab ada dua isteri ni, bangga ke apa ?...

Oh yer, mungkin dia nak beritahu saya, kalau ceramah bab usahawan lepas ni, galakkan kawin dua supaya isteri-isteri boleh jaga perniagaannya terutama kalau ada dua kedai. Yer ke gitu ?

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Cara tu munasabah ust...ada kisah di Indonesia,seorang kiyai ada 4 jenis perniagaan,,setiap satu dijaga oleh seorg isteri..kalau mampu buat begitu apa salahnya..

    BalasPadam
  2. Poligami = simbol usahawan berjaya.. :)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.