Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Januari 2011

Sudah Nasib Kereta Lebih 15 Tahun, Mahalnya Insuran (Episod 1)

Tadi saya nak hidupkan insuran kereta Peugeot 405 tahun 1996. Saya pakai kereta ni dari tahun 2008, beli RM 5,500 atas tangan orang.  Nak cerita sikit ler ni, baru kejap tadi saya pergi ke kedai insuran ni.

 Tahun lepas (kedai yang sama)  insuran RM 393.00 untuk first party tapi tadi orang tu kata RM 520.00 untuk cover 10,000, terkejut juga saya. Saya tanya, tak ada murah lagi ker, saya tanya third party, dia beritahu RM 480, mahal juga.  Saya tanya kenapa mahal, lebih mahal dari tahun lepas. Dia kata kereta tahun 1996 dah lebih 15 tahun memang mahal sebab ada 'loding' dan kena ambil insuran penumpang. Kira mahal ler tu, nak bayar cukai jalan lagi, RM 330.

 Saya tanya lagi, tak boleh ker kalau tak ada loding, dia kata kereta lebih 10 tahun kena ada loding. Saya tanya kalau tak ambil insuran penumpang tak boleh ker ? Dia kata, dah peraturan begitu. Saya kata, kereta tu saya biasa naik seorang, dia kata tak kiralah bawak seorang ke ramai ke, insuran penumpang lain kena juga. Alamak, saya dah tak boleh cakap apa.

Mak Cik Nak Hidupkan Insuran Moto

Masa tu juga di sebelah saya, ada seorang makcik umur dalam 40-an. Dia terkejut sebab insuran moto dia RM 210. Tak sempat saya tahu moto jenis apa dan tahun berapa. Makcik tu tanya, kenapa tahun lepas 100 lebih saja. Orang insuran tu kata, tahun ni ada 'loding'. Terpinga-pinga juga makcik tu, mungkin dia tak faham apa maksud loding tu. Berkerut juga muka makcik tu nak keluarkan duit 200 lebih tu.

Ke Insuran Lain

Saya tak buat terus, saya nak ke kedai insuran lain esok, mana tahu kalau ada yang lebih murah. Esok saya akan bercerita lagi pengalaman saya kat sebuah lagi insuran tu. Apa cerita esok ? Sudah nasib kereta 15 tahun.

SAMBUNG EPISOD 2 klik sini

4 ulasan:

  1. Salam.
    Gitulah juga nasib saya. Keta sy keluaran 1986. Kat Kluang dh tanya byk syarikat insuran. Last sekali dia org cadangkan pergi UniAsia kat Batu Pahat kerana syarikat itu memberi insuran kereta berusia 10 thn keatas.

    BalasPadam
  2. betul tu..isu ni dh timbul setahun lepas rasanye...
    mayb ni cara kerajaan slow2 nk hapuskan keta2 lama / oldskool kt msia....sbb dulu mmg ada ura2 utk lupuskan kereta2 lama...tunggguuu...

    BalasPadam
  3. SALAM..KERETA PEUGEOT TU NK JUAL TAK??? SAYA BERMINAT NAK BELI LAH....KALO NAK JUAL CALL SAYA 0195423658

    BalasPadam
  4. salam ustaz...xmo jual ke keta tu?? kalo nk jual saya nk beli...kontek saya 0195423658

    BalasPadam

Dipersilakan komen.