21 Januari 2011
Pengantin Perempuan Minta Rahsiakan Perkahwinan, Tak Mahu Anak Tahu
Seorang wanita berstatus ibu tunggal meminta perkahwinannya dirahsiakan dari pengetahuan anak-anak. Mesti ada sesuatu yang berlaku dan menyebabkan saya nak tahu lanjut.Wanita ini 50-an, sudah lebih 10 tahun suaminya meninggal dunia. Bertemu jodoh hari ini dengan lelaki duda 50-an. Anak dia 4 orang, semua dah besar-besar dan ada beberapa orang yang dah kawin.
"Tuan Kadi, tolong rahsiakan dari pengetahuan anak-anak saya". Kata pengantin perempuan tu.
"Kenapa perlu berahsia bernikah ni ?" Tanya saya.
Inilah Perasaan Anak
Anak-anak kena redha kalau mak atau ayah bertemu jodoh, bukan menghalang. Sebelum ini anak dia ada melarang, malah ada ugutan yang anak tak akan balik rumah mak lagi kalau mak dia kawin. Mengucap dan beristighfarlah banyak-banyak, sebagai anak, jangan cakap begini kepada ibu kandung dia.
Tapi hari ini, ibu dia nikah juga dan saya tak garenti sampai bila mak dia boleh berahsia. Jadi kalau anak-anak tahu, janganlah meminggirkan ibu dia pula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Seorang ibu boleh mengasuh dan mendidik lebih dari 10 orang anak, tetapi seorang anak gagal memahami perasaan ibu.....siapa yang patut disalahkan.....salah didik ke?
BalasPadampengalaman saya, sebab keluarga kami sangat akrab..lepas beberapa tahun ayah meninggal ada orang pinang mak..baru pinang masa tu, mak tak bgtau pun anak2. cerita cuma sampai dr nenek.
BalasPadammasa tu kami sedih sangat. Tentu saja mengingatkan diakhirat kelak mak dan ayah tak boleh bersatu lagi dan kami bersama2 disana semuanya.
sedih sangat bila memikirkan ada kes2 mak terpaksa duduk asing bila ayah tiri tak dapat terima anak2..terpaksa jaga aurat lebih2(sebab baru kenal) dan macam2 sangatlah bermain diminda.
tapi bila tak dapat bendung perasan kami sendiri tanya mak. betul ke mak nak nikah lagi..Mak kata, bukan senang nak jumpa orang yang faham dan serasi dengan diri kita. tambah2 mak dan arwah ayah dan nikah 18 tahun. Lagipun mak ada 5 anak perempauan dan 1 orng anak lelaki. Mak risau anak2 jadi mangsa..maklumlah bukan senang nak jumpa lelaki yang baik zaman sekarang. kebanyakkan ambil kesempatan. Ibu mertua saya sendiri end up badly bila suami baru layan anaknya teruk.
belum pernah sampai ke telinga saya kisah yang baik..Namun saya harap kepada mereka yang mempunya jodoh ke 2 ke 3 atau keberapa pun..semoga terus bahagia.
kami sayang mak..tapi pergolakkan hati untuk terima mak nikah lagi sangat besar dan berat. sebab kami sangat sayangkan mak dan ayah..taktaulah kalau anak-anak yang lain macamana..Jika mak bertemu jodoh lagi..cuma masa saja yang boleh menenangkan hati kami...seperti masa juga yang mengubati kematian ayah. ini coretan isi hati anak sperti saya dan adik2..taktahulah kalau anak-anak yang lain..:)