Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Januari 2011

Pewarna Dalam Teh Sebenarnya Selamat dan Tak Bahaya ?


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini mengesahkan penggunaan bahan pewarna tiruan dalam teh adalah tidak dibenarkan walaupun selamat digunakan. Katanya, berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh kementerian, pewarna tiruan yang dikesan di dalam teh adalah Sunset Yellow, Tartrazine, Carmoisine atau Ponceau 4R di mana pewarna-pewarna ini adalah dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi makanan dan minuman tertentu.

"Ini bermakna, bahan pewarna tiruan yang dikesan di dalam teh adalah selamat digunakan tetapi tidak dibenarkan penggunaannya di dalam teh untuk mengelakkan penipuan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan mengenai penjualan dan pengambilan teh timbang di Kelantan yang mengandungi bahan pewarna sintetik yang dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan khususnya kanser dalam jangka panjang.
(BERNAMA)
...............................

Kalau begitu tak apalah, saya dah lebih 15 tahun minum teh tarik terutama kat kedai mamak. Kalau setakat tak dibenarkan saja tapi tak bahaya tak apalah pada saya. Satu hari tak minum teh tarik macam tak sempurna sarapan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.