Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Ogos 2015

Mengapa Menangis ?


"Mengapa Semua Menangis
Padahal Aku Selalu Tersenyum
Usap Airmata Mu
Aku Tak Ingin, Ada Kesedihan....."

"Tuhan, Terserah Pada Mu
Aku ikut Mahu Mu Tuhan
Ku Catat Semua
Ceritaku Dalam Harian Ku"


15 Ogos 2015

Hulurlah Seringgit Kepada Tukang Cuci..... Boleh?


Semalam saya tulis pasal sedekah, pasal makcik dan anak dia kehabisan minyak moto di sebuah stesen minyak kat Batu Pahat. Klil sini kepada yang belum baca .

Semalam juga saya menghadiri majlis kesyukuran di Masjid Al-Ikram, Taman Sri Kluang iaitu majlis meraikan orang yang terpilih mengerjakan fardhu haji tahun ini. Yer, sewaktu berada di Tanah Suci, saya lihat orang kita terutama orang Malaysia rajin bersedekah. Hampir kesemua jemaah pernah ada menghulurkan sejumlah wang di Masjid Nabawi Madinah dan Masjidil Haram Mekah. 

Begitu juga sewaktu orang kita mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah, tanpa disuruh, tangan menghulur sedekah. Yang dapat rezeki dapat duit itu biasanya adalah tukang cuci masjid yang kesemuanya warga asing terutama Bangladesh, Indonesia dan negara lain.

Tukang Cuci di Malaysia

Tetapi, di Malaysia, orang kita susah nak hulurkan sedekah kepada tukang cuci. Tak kiralah tukang cuci itu di pejabat kerajaan, sekolah, tepi lebuhraya, tepi jalan, taman permainan dan sebagainya, orang kita tidak biasa beri sedekah. Begitu juga dengan orang yang kerja pungut dan angkat sampah, saya tak pernah lihat mereka dapat sedekah. 

Saya dapat agak, gaji tukang cuci tak tinggi mana. Jauhlah tingginya gaji orang yang berkereta mahal, motosikal besar dan mahal dan ada kerja yang baik. Mungkin gaji tukang cuci itu hanya sekadar cukup untuk makan minum sekeluarga bagi setengah bulan saja dan setengah bulan lagi, mungkin mereka ikat perut atau berjimat-jimat berbelanja. Tapi itulah kerja yang mereka perlu buat atau terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. 

Hulurlah Sedekah

Mulai hari ini, apa salahnya kalau kita jumpa tukang cuci, kita pergi dekat dia dan kita hulurkan duit seringgit. Dan kalau boleh, ini dijadikan amalan kepada masyarakat kita. Sama-sama kita membantu ekonomi orang Islam.

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)


14 Ogos 2015

Perempuan Dan Anak Minta Duit Isi Minyak Moto


Hari ini saya nak cerita pengalaman sikit berkenaan orang susah. Pada tahun 2008, awal Ramadhan saya dari Johor Bahru hendak ke Batu Pahat kerana ada tugas di Mahkamah Syariah Batu Pahat. Sampai di Air Hitam dalam jam 8.30 pagi, saya berhenti di satu stesen minyak dan isi minyak RM50. Masa saya isi minyak itu, ada seorang makcik dalam umur 50-an, berpakaian baju kurung dan bertudung menghampiri saya. Dia tengok saja saya tapi tak cakap apa-apa. 

Lepas itu, saya tinggalkan kereta di situ dan saya ke tandas. Bila saya ke kereta semula, kali ini makcik itu bersama anak lelakinya dalam lingkungan umur 20-an. Makcik tu cakap,

"Anak tolonglah, makcik ini tak ada duit nak isi minyak moto. Tolonglah makcik nak ke Sri Menanti dari Kulai, sampai sini minyak dah tinggal sikit dan tak cukup untuk sampai ke Sri Menanti."

Kata makcik tu sambil anak lelaki dia menggangguk-angguk. Saya pada mulanya ragu-ragu, adakah betul cakap makcik tu.

"Makcik nak ke Sri Menanti rumah siapa?" Tanya saya.

"Sri Menanti rumah makcik dan Kulai rumah anak baru bersalin". Kata makcik tu.

Bila dah mula yakin dengan cerita tu, saya minta lelaki itu bawa moto yang masih boleh start dan minyak dia memang dah sikit. Saya bayar RM 5 pada stesen tu dan dia tuang minyak. Katanya mereka dan hampir sejam menunggu di stesen minyak itu, menunggu kalau-kalau ada sesiapa yang nak sedekah duit pada dia. Kemudian saya perhatikan sehinggalah moto itu bergerak menghala ke Batu Pahat. Sebelum itu makcik dan anak lelaki ucap terima kasih banyak-banyak pada saya.

"Tak tahulah macam manalah nak balas jasa encik ni". Kata makcik ni dan dia terus berlaku.

Hari itu, bulan Ramadhan saya masuk mahkamah rasa sayu hati juga. Terkenang cerita yang baru berlaku tadi. Nasib baik hakim tak tanya saya lebih-lebih, kenapa pendakwa tak 'garang' macam selalu hari itu.

Hari ini, saya teringat semula kisah ini, walaupun hanya RM 5 sedekah saya tapi jiwa saya tersentuh. Sekali fikir, kenapalah saya tak hulurkan duit RM 10 atau RM 20 atau RM 50 pada makcik tu kerana dah tentu makcik tu orang susah dan memerlukan bantuan?