28 Februari 2014
Kes Denggi Meningkat Musim Tak Ada Air ?
Pada pandangan saya, kes demam denggi mungkin meningkat masa musim tak ada air sekarang. Kluang contohnya adalah daerah yang pertama di negeri Johor yang penduduk mengalami masalah air sehingga kena catu.
Sudah tentu penduduk menyimpan air di dalam bekas air di rumah. Kedai-kedai yang jual bekas air, biasa letak bekas itu di depan kedai, sebelum ini letak kat dalam-dalam saja. Mungkin kita terlupa yang air tersebut kalau dibiarkan tersimpan, akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Kita kurang promosi mengenai ubat pembunuh jentik-jentik. Mungkin juga ada orang bertanya soalan iaitu, bolehkah air yang dimasukkan ubat jentik-jentik itu diminum?
Lagi satu, kita boleh letakkan ikan seperti ikan gupi. Mungkin juga ramai tak kenal apa itu ikan gupi. Saya pun mulanya tak berapa kenal tapi anak saya yang sekolah rendah ajar saya. Dia selalu bawak pegi sekolah ikan tu, katanya cikgu suruh bawak. Ikan gupi ini boleh jadi satu perniagaan juga kepada kita untuk mencegah nyamuk aedes. Kalau nak letakkan ikan lain seperti ikan puyu pun boleh, tapi kalau saiz bekas air kita tak besar, boleh mengotorkan air pula.
18 Februari 2014
Kereta Lelong Kastam Sudah Mari Lagi.... Ada Volkswagen Beetle di Johor Bahru (Episod 15)
Nampaknya sekarang sedang dibuka lelong kereta kastam seluruh negara yang boleh tengok sekarang sehingga 3 Mac 2014. Tarikh tutup lelong adalah 10 Mac 2014. Kawan saya beritahu, semalam ada iklan dalam akhbar.
Ada banyak kereta di seluruh negara. Bagi yang kat Johor tentu tertumpu kepada kereta Volkswagen Beetle warna biru yang nampak cantik dan menawan. Kereta lain yang ada kat Johor adalah Volkswagen Bora. Tak payah cerita lebih-lebih kereta ni, kat Malaysia tak ada orang pakai, kat Singapura banyak. Sebiji lagi adalah Mercedes S320 untuk siapa yang berani saja. Kat negeri lain, macam-macam kereta ada. Moto besar dan lori pun ada,jengkaut jer tak ada.
Komen saya kali ini, nampaknya kereta yang dilelong adalah menarik termasuk kereta mahal. Bolehlah cuba, mungkin rezeki kita dapat kereta mahal dengan harga diskaun dengan beli kereta lelong kastam kali ini.
EPISOD 16, KLIK SINI
http://ustazkhalil.blogspot.my/2015/02/kereta-lelong-kastam-seluruh-negara-jom.html
http://ustazkhalil.blogspot.my/2015/02/kereta-lelong-kastam-seluruh-negara-jom.html
17 Februari 2014
Bini Tak Izin Suami Kawin Lagi, Tapi tetap Nak Kawin Juga (Episod 1)
Lelaki umur 56 tahun kerja mengusahakan kebun dengan pendapatan 7 ribu hingga 16 ribu sebulan. Perkahwinannya kali pertama tidak panjang jodohnya dan bercerai lebih 30 tahun dulu serta mempunyai seorang anak yang dijaga bekas isterinya. Kemudian, lebih 20 tahun lalu dia berkahwin dengan seorang wanita dan dikurniakan 3 orang anak.
Sekarang umur lelaki ini 56 tahun dan isterinya berusia 44 tahun. Isterinya sekarang berniaga dengan pendapatan lebih kurang RM 2,000 sebulan. Lelaki ini berkenalan dengan seorang gadis berusia 25 tahun lebih kurang setahun lamanya. Mereka bersetuju untuk bernikah dan bapa gadis ini pun setuju juga. Bila ditanya oleh kawan-kawan, kenapa hendak berkahwin, jawapannya adalah, gadis ini lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan isterinya.
Yer ler, kalau dah umur 25 tahun nak dibandingkan dengan 44 tahun, kebiasaannya memanglah yang 25 itu lagi cun. Contohnya macam kita tengok artis yang baru-baru ini yang umur 20-an, kita bandingkan dengan pelakon lama yang sekarang dah 40-an, maka tentulah yang 25 ini lebih cantik.
Yer ler, kalau dah umur 25 tahun nak dibandingkan dengan 44 tahun, kebiasaannya memanglah yang 25 itu lagi cun. Contohnya macam kita tengok artis yang baru-baru ini yang umur 20-an, kita bandingkan dengan pelakon lama yang sekarang dah 40-an, maka tentulah yang 25 ini lebih cantik.
Tentangan Isteri
Lelaki ini tak sembunyi-sembunyi, dia gentlemen bukan gentelmen. Dia terus terang dengan isteri dia dengan nyatakan nak kawin dengan perempuan ini. Dia kata dia mampu dengan pendapatannya untuk menanggung dua isteri dan anak-anaknya. Untuk isteri pertama dia sudah siapkan rumah dan kereta. Disamping itu dia ada beli rumah yang dibuat rumah sewa yang dalam hatinya, boleh duduk dengan isteri mudanya nanti.
Isteri dia membantah dan tak setuju. Pada isteri dia, dia tidak boleh menerima suami dia kawin lagi walaupun dijanjikan dengan mahligai emas.
"Benda lain saya boleh kongsi, tapi batang paip saya tak boleh kongsi". Begitulah lucahnya ayat yang diucapkan kepada suami dia. Hehe, tergelak juga saya bila si suami ini bercerita kisah benarnya ini.
Tetap Nak Kawin
Tapi lelaki ini tetap nak kawin dan macam tak ada siapa boleh halang. Ibarat angin menerjah ke tubuh kita. Bagaimana kita boleh halang angin itu dari bertiup walaupun kita tahan dengan tangan kita. Angin itu tetap melalui celah-celah jari kita. Dia tetap nak kawin juga. Tapi bagaimana ? Sanggupkah dia harungi semua ini dengan bernikah juga walaupun isteri tak terima dia.
....Kita ikuti sambungannya pada episod kedua nanti.
....Kita ikuti sambungannya pada episod kedua nanti.
12 Februari 2014
Baru Sedar Suami Ada Isteri Lagi Satu Selepas Suami Meninggal Dunia
Isteri awal 40-an dan suami lewat 40-an berkahwin kira-kira 20 tahun lepas dan dikurniakan 5 orang anak. Hidup mereka bahagia bersama anak-anak. Ditakdirkan, suaminya meninggal dunia secara mengejut kerana serangan jantung di rumah dan isteri membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan suaminya telah meninggal dunia.
Yang mengejutkan si isteri adalah kehadiran seorang wanita 30-an dan seorang anak lelaki berumur lingkungan 4 tahun di rumahnya selepas solat jenazah. Wanita 30-an itu meminta izin kepada keluarga si mati untuk melihat jenazah yang sudah dikafankan. Kehadiran wanita dan anaknya ini turut ditemani ibu dan bapa wanita ini dalam lingkungan 60-an.
Yang mengejutkan si isteri adalah kehadiran seorang wanita 30-an dan seorang anak lelaki berumur lingkungan 4 tahun di rumahnya selepas solat jenazah. Wanita 30-an itu meminta izin kepada keluarga si mati untuk melihat jenazah yang sudah dikafankan. Kehadiran wanita dan anaknya ini turut ditemani ibu dan bapa wanita ini dalam lingkungan 60-an.
Dihalang
Selepas dihalang, akhirnya bapa kepada wanita ini mendakwa yang anaknya adalah isteri kedua kepada simati. Berlaku pertengkaran di antara keluarga simati dengan wanita ini. Melihat keadaan seperti pergaduhan ini, pak imam bersama beberapa orang tua yang selesai solat jenazah telah meredakan keadaan. Pak imam tak mahu berlaku pergaduhan seperti itu pada hari jenazah hendak dikebumikan. Bapa kepada wanita ini kemudiannya menunjukkan surat nikah yang menunjukkan simati dan wanita ini telah bernikah kira-kira 5 tahun lepas. Isterinya mempertikaikan surat nikah itu kerana selama hidup, suaminya tidak pernah memberitahunya dan tidak pernah terlintas atau curiga yang suaminya sudah bernikah lain.
Wanita ini merayu supaya diberi peluang terakhir untuk diberi kebenaran bertemu suaminya yang kini telah kaku dan tidak bernyawa itu. Atas pertimbangan pak imam dan beberapa orang tua, wanita ini dan anaknya dibenarkan melihat dan mencium dahi suami dan bapanya. Walaupun Pak Imam juga kena marah dan kena bebel dengan isteri pertama, dia tetap membenarkan wanita ini melihat suaminya. Masa itu, isteri dan lima orang anak simati menangis kesedihan dan tidak menyangka yang suaminya sudah 5 tahun berkahwin dengan wanita lain.
Di Tanah Perkuburan
Di tanah perkuburan iaitu semasa pak imam membaca talkin, wanita bersama anak dan ibubapanya sekali lagi hadir. Kali ini berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Anak sulung perempuan yang berumur 20-an telah menghalau sambil membaling dengan batu dan mengeluarkan kata-kata kesat. Pak imam yang sedang baca talkin ini terpaksa memendekkan bacaannya apabila keadaan semakin tidak terkawal. Wanita ini dihalau seperti peminta sedekah dan kehadirannya di perkuburan itu tidak disenangi oleh keluarga suaminya. Bagaimanapun, wanita ini tetap tidak mahu berganjak dari situ.Wanita ini turut mengalami sedikit kecederaan dan keretanya sedikit kemik terkena batu. Orang ramai yang hadir menenangkan keadaan dan menyuruh wanita ini pulang sahaja. Orang menasihati wanita ini supaya balik dahulu dan kubur suaminya boleh dilawati pada hari yang lain.
Dua Tahun Berlalu
Peristiwa kematian suami ini sudah dua tahun berlalu. Menceritakan perasaan sedihnya kerana kematian suami tercinta dan perbalahan masa majlis perkebumian, wanita ini redha dengan ketentuan Allah Taala. Selepas kematian, isteri kedua ini sedikit pun tidak meminta harta pusaka peninggalan arwah suaminya. Harta yang ditinggalkan kira-kira RM 300,000 termasuk duit, rumah dan kereta, semuanya isteri kedua tidak menuntut apa-apa. Dia merasakan gajinya dalam lingkungan 3,000 sudah cukup untuk dirinya dan untuk membesarkan anaknya. Katanya, sepanjang menjadi isteri kedua selama 5 tahun, dia tidak pernah meminta-minta dari suaminya termasuk makan minum dan keperluan harian. Apa yang diberi oleh suami dia ambil tapi kalau suami tidak beri, dia redha sahaja. Dia tahu, suaminya bukanlah orang kaya tetapi biasa-biasa sahaja.
Kira-kira 5 bulan selepas kematian suaminya, isteri pertama dan kedua ini akhirnya jadi baik. Malah, 5 orang anak isteri pertama menganggap anak isteri kedua sebagai adik mereka. Bila ditanya bagaimana boleh berbaik seperti ini, katanya ia lahir dari kehendak isteri pertama yang bersimpati dengan nasib isteri kedua dan anaknya. Isteri pertama dan anak-anak datang menziarahi ke rumah isteri kedua. Bermula dengan itu, mereka seperti sahabat baik dan sering bantu membantu.
Untuk menjadi rakan Facebook saya, klik sini.
Untuk menjadi rakan Facebook saya, klik sini.
09 Februari 2014
Tidak Eloklah Kalau Pasal Bola Pun Nak Bersumpah Guna Al-Quran
Pada saya, bersukan adalah untuk menjaga kesihatan selain merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Jadi, tidak baiklah kalau hasrat murni di dalam bersukan ini dicemari dengan pergaduhan dan permusuhan sesama kita. Apa yang saya lihat sekarang, mutu sukan bolasepak kita masih ketinggalan jauh dengan negara lain.
Saya sempat berada dan menjadi peminat bolasepak negara tahun 70-an dan 80-an, iaitu pada masa itu pasukan bolasepak kita disegani. Pasukan bolasepak negara setanding dengan pasukan lain gergasi seperti Korea Selatan, Jepun dan Ghana dalam Pestabola Merdeka. Walaupun sudah jauh ketinggalan berbanding dahulu, sekarang saya lihat minat rakyat kita kepada bolasepak semakin meningkat dalam setahun dua ini.
Pada saya, beberapa permasalahan yang berlaku hendaklah diselesaikan dengan baik. Kalau di gelanggang, kita ada pengadil dan penganjur. Manakala di luar padang, kita serahkan kepada pihak polis menyelesaikan sekiranya ada laporan yang melibatkan jenayah seperti pergaduhan.
Perlukah Bersumpah Guna Quran?
Ada kenyataan dari satu pihak yang hendak bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan satu hujah yang melibatkan perselisihan dalam sukan bolasepak ini. Saya tak mahu ulas panjang berkenaan hal ini.
Pada saya, eloklah pihak berkuasa seperti Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan mengenai isu ini dan membuat satu kenyataan bagi meredakan isu ini. Iaitu, perlukah bersumpah menggunakan Al-Quran dalam isu-isu melibatkan sukan atau perbalahan yang berkaitan dengan sukan ini?
Perkara mengenai sumpah-sumpah ini tidaklah boleh dilakukan sebarangan dan perlu ada garis panduannya. Kalau perkara ini berlaku pada tempat yang tidak sepatutnya, maka kesucian Islam akan tercemar.
Langgan:
Catatan (Atom)