Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Februari 2014

Bini Tak Izin Suami Kawin Lagi, Tapi tetap Nak Kawin Juga (Episod 1)

Lelaki umur 56 tahun kerja mengusahakan kebun dengan pendapatan 7 ribu hingga 16 ribu sebulan. Perkahwinannya kali pertama tidak panjang jodohnya dan bercerai lebih 30 tahun dulu serta mempunyai seorang anak yang dijaga bekas isterinya. Kemudian, lebih 20 tahun lalu dia berkahwin dengan seorang wanita dan dikurniakan 3 orang anak.

Sekarang umur lelaki ini 56 tahun dan isterinya berusia 44 tahun. Isterinya sekarang berniaga dengan pendapatan lebih kurang RM 2,000 sebulan. Lelaki ini berkenalan dengan seorang gadis berusia 25 tahun lebih kurang setahun lamanya. Mereka bersetuju untuk bernikah dan bapa gadis ini pun setuju juga. Bila ditanya oleh kawan-kawan, kenapa hendak berkahwin, jawapannya adalah, gadis ini lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan isterinya.

Yer ler, kalau dah umur 25 tahun nak dibandingkan dengan 44 tahun, kebiasaannya memanglah yang 25 itu lagi cun. Contohnya macam kita tengok artis yang baru-baru ini yang umur 20-an, kita bandingkan dengan pelakon lama yang sekarang dah 40-an, maka tentulah yang 25 ini lebih cantik.

Tentangan Isteri

Lelaki ini tak sembunyi-sembunyi, dia gentlemen bukan gentelmen. Dia terus terang dengan isteri dia dengan nyatakan nak kawin dengan perempuan ini. Dia kata dia mampu dengan pendapatannya untuk menanggung dua isteri dan anak-anaknya. Untuk isteri pertama dia sudah siapkan rumah dan kereta. Disamping itu dia ada beli rumah yang dibuat rumah sewa yang dalam hatinya, boleh duduk dengan isteri mudanya nanti.

Isteri dia membantah dan tak setuju. Pada isteri dia, dia tidak boleh menerima suami dia kawin lagi walaupun dijanjikan dengan mahligai emas.

"Benda lain saya boleh kongsi, tapi batang paip saya tak boleh kongsi". Begitulah lucahnya ayat yang diucapkan kepada suami dia. Hehe, tergelak juga saya bila si suami ini bercerita kisah benarnya ini.

Tetap Nak Kawin

Tapi lelaki ini tetap nak kawin dan macam tak ada siapa boleh halang. Ibarat angin menerjah ke tubuh kita. Bagaimana kita boleh halang angin itu dari bertiup walaupun kita tahan dengan tangan kita. Angin itu tetap melalui celah-celah jari kita. Dia tetap nak kawin juga. Tapi bagaimana ? Sanggupkah dia harungi semua ini dengan bernikah juga walaupun isteri tak terima dia.

....Kita ikuti sambungannya pada episod kedua nanti.

10 ulasan:

  1. bagi jelah, dah dia kata mampu
    kita tgklah 5 tahun akan dtg
    mampu ke tidak 'batang paip' dia,hahaha
    sbnrnya org kata 'lelaki berniat nak kawen, tak payah larang
    sbb dia dh tekad'

    BalasPadam
  2. from exp:

    istri akan larang jika kita CUMA nak nikah lagi 1. menDUAkannya. "syirik" katanya. haha. TAPI reda pulak bila suami mengEMPATkannya instead.

    tak caya? cubalah... abe nor kg tok fakir, merchang, marang pun mampu berbini ramai padahal gaji setakat rm1.5k je! kalau dah rejeki. golongan sederhana dapat berpoligami gak. so banyak2lah bertahajud & duha ;)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Tak sabor lah pulak nak ikut sambungannya ni...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..payahkn..kawin smata2 kerana nafsu..baik suami n isteri sma aje..Allah bg pasangan y sama..itulh klau kurangnya iman d.dada...

    BalasPadam
  5. mst dia isteri dia dapat payung emas

    BalasPadam
  6. kawinkan je... Rete melambak lambak nak buat ape. Yg bini tue tu pon... . . . awk syg laki ke syg diri sendiri. Happykanlah dia mcm mana dia happy kan awk dgn retenye

    BalasPadam
  7. Susah nak cakap perkara2 yang bersangkut paut ngn nikah kawin ni... Hati kalau dah terpaut... di cincang lumat pun semua sanggup...

    BalasPadam
  8. Niat yang baik, jangan dihalang oleh sangkaan yang buruk. Cubalah berfikiran positif, mungkin ada hikmah disebaliknya. Pokoknya, bagi ajerrrrr nanti dia akan tahu mana intan.. mana kaca......

    BalasPadam
  9. bini mcm ni sanggup tgk suami berzina dari nikah cara halal. punya la tamak org ppuan.

    BalasPadam
  10. harta da banyak..kasi je kawen...esok2 ada anak,da tua2 pun kena bangun malam tolong bancuh susu,tukar lampin anak...hahaha

    BalasPadam

Dipersilakan komen.