12 Januari 2011
Keuntungan atau Dividen Tabung Haji Naik ?
Dengar khabarnya, dividen Tabung Haji tahun lepas naik ? Berapa peratus yer ?
Apa-apa hal tunggulah pengumumannya, yang saya dapat tahu kemungkinan besar meningkat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
yea... ada beritanya pagi ni..
BalasPadamDividen Tabung Haji dijangka tinggi
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjangka pendeposit Tabung Haji akan menerima kadar dividen ‘memberangsangkan’ bagi tahun kewangan 2010.
Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan keuntungan RM1.5 bilion yang dicatat Tabung Haji sepanjang tahun lepas.
“Kita sedang melihat dan mencongak, dan kita akan umumkan tidak lewat dari hujung Januari ini. Kita tentunya mengharapkan (kadar dividen) lebih tinggi tapi ia amat bergantung kepada keputusan akhir mesyuarat (Lembaga Pengarah) nanti,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Tahun lepas, Tabung Haji mengumumkan bonus lima peratus untuk tahun kewangan 2009 yang diterima oleh 5.1 juta pendepositnya.
Salam. Saya jangka sektor perladangan yg antara diceburi oleh Tabung Haji mencatat keuntungan tinggi. Ini kerana buah harga sawit dan minyak sawit mentah melambung tinggi.
BalasPadam