Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 September 2010

Suami Bercinta Dengan Kekasih Lama di Facebook, Isteri Sedih Sangat-sangat

Seorang isteri 30-an dan suaminya juga 30-an sudah 8 tahun bernikah dan dikurniakan 3 orang anak. Isteri dan suami masing-masing bekerja kerajaan. Hidup mereka bahagia selama ini.

Bagaimanapun, dalam awal tahun ini, suaminya bertemu semula dengan kekasihnya di dalam facebook. Suaminya pernah bercinta dengan wanita itu sewaktu sama-sama menuntut di universiti dulu. Kemudian sudah terputus hubungan selepas keluar dari universiti kira-kira 10 tahun dulu. Suami di selatan, manakala wanita itu di Selangor. Sejak itu, suami menjalinkan semula hubungannya dengan merahsiakan kepada isteri. Kekasih lamanya ini sekarang berstatus janda anak dua kerana telah bercerai dengan suami lamanya.

Baru-baru ini, isteri menyedari hubungan yang begitu erat suaminya setelah isteri terbuka facebook suaminya secara kebetulan sewaktu suami tiada di rumah. Banyak perkara terbongkar, antaranya dengan membaca ayat-ayat cinta suaminya dengan wanita itu. Mengikut perbualan mereka dalam facebook itu, mereka pernah berjumpa beberapa kali di Kuala Lumpur.

Bila perkara ini terbongkar, berlaku pergaduhan antara suami dan isteri. Akhirnya suami mengaku kepada isteri, hendak mengambil wanita itu sebagai isteri kedua. Isteri tidak rela bermadu dan memberi syarat kepada suami supaya menceraikannya sekiranya ingin berkahwin lagi. Hidup isteri tidak tenteram dan pernah merujuk kepada seorang ustaz. Isterinya seakan kecewa kerana beranggapan ustaz ini menyokong suaminya supaya berpoligami dan menyuruh isterinya supaya taat kepada suami.

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)

12 ulasan:

  1. Hanya Allah yg mampu selesaikan masalah si isteri, bermohonlah kepada Allah banyak2 moga diberi petunjuk/penyelesaian yg terbaik.

    BalasPadam
  2. Saya beranggapan poligami itu bukanlah suatu hak mutlak suami. Isteri juga ada hak untuk menolak poligami dengan alasan kukuh.. contoh dia masih mampu beri anak, tidak monopos. Minta uztaz nasihat si suami ikutlah poligami betul2 seratus peratus dengan cara nabi ..setelah meninggalnya isteri pertama. tapi kes tersebut unik ex girlfriend tu janda.. laki itu mungkin mampu... dari saya fendy http://tasbihqasih.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. poligami itu bukanlah suatu hak mutlak suami. Isteri juga ada hak untuk menolak poligami dengan alasan kukuh..

      suka ayat awak ni...walau x mampu utk menolak takdir tp cukup menyejuk jiwa dan memberi harapan pd isteri tu..

      Padam
  3. Salam, Ustaz.

    Pertama, saya seorang lelaki dan biarlah/tentulah saya memberi pandangan dari sudut kacamata lelaki. Pandangan saya, perhubungan cinta telah kembali berputik dan susah untuk kendur/diundur akan hubungan cinta. Si kekasih lama status janda beranak dan cobaan dan godaan kehidupan mmg tinggi. Agak sukar mencari anak teruna yg sanggup menikahi janda beranak kerana tanggungan 'serta merta'.

    Saya juga berpendapat kebanyakan isteri selalu memberi/letak syarat 'melepaskan' dirinya jika lelaki ingin berpoligami adalah zalimi diri sendiri, anak2 serta suami. Bagi saya, isteri2 perlu mencuba dan jika suami berlaku zalim dan tidal adil maka barulah diadu kpd khadi dan menuntut apa yg perlu (dibetulkan keadaan atau mahu berpisah).

    Mmg lah sifat manusia baik lelaki atau perempuan ada perasaan cemburu tetapi adakah tidak perempuan itu diuji dan diberi balasan oleh Pencipta? Lelaki juga diuji (walaupun mmg seperti di cari beban) dan jika berjaya dibalas baik dan jika gagal juga dipertanggungjawap dihadapan Pencipta).

    BalasPadam
  4. ada mamber skolah cerita yang bapa dia kawin lagi satu. tapi dengan andartu umo dalam 40++ nk ke 50. mulanya mak pada kawan nk minta cerai tapi sbb nasihat anak2 yg dh besar2 pnjg dan pk benda dah jadi makanya mak kawan redha je....mungkin berkat doa maknya,dalam 3 bulan kawin bapa dia sibuk nk balik umah mak kawan sedangkan waktu tu giliran madu mak dia. dan sehingga ke hari ini,bapa kawan menyesal yang amat sangat kerana ikut nafsu walau hakikatnye bapa dia mampu dan bagus dlm agama. dn pd saya,kalo suami dah nk sgt lebih baik bagi dari biarkan dia wat maksiat...besa la kalo dah bercinta x ingat anak bini. tapi bila dah kawin nanti sibuk mencari no.1 balik sbb bila dah tambah cawangan baru,baru la perasan tak sama dan sebagus yang sedia ada tmbh plak ex-gf dia tu janda anak 2. mmg la indah bercinta kembali dengan ex-gf tapi ada ke suami kpda isteri tu selidik antara janda dan bekas suami sbb ape derang cerai???....adakah perceraian tu salah sepenuhnye pada bekas suami atau janda tu sendiri problem???..

    BalasPadam
  5. Salam, Ustaz..

    Puan itu bertindak demikian kerana sedih ditipu dan dikhianati lelaki yang dicintai. sekiranya suami berterus terang dari awal sebelum dicekup isteri, mungkin situasi nya akan berbeza.

    Poligami itu bukan mudah. Semasa rasa cinta berbunga bunga, sememangnya semangat untuk berpoligami itu semarak dalam dada si lelaki. Tapi hakikat perlaksanaan nya selepas itu, jika silap percaturan, kedua dua rumah tangga boleh goyah.

    Sebagai Ustaz, orang yang mempunyai ilmu agama tinggi, seharusnya Ustaz tersebut menerangkan dengan terperinci tanggungjawab lelaki sekiranya dia berpoligami. sekiranya gaji hanya cukup-cukup makan untuk menyara satu keluarga, adalah mustahil sekiranya mahu menyara satu lagi keluarga.jika si isteri tiada cacat cela nya, sempurna makan minum dan layanan untuk si suami, adalah tidak adil dimadukan, hanya semata-mata berlandaskan rasa cinta membuak buak si suami kepada kekasih lama.

    Kadang-kadang, rasa cinta yang datang itu adalah godaan syaitan untuk melihat sejauh mana kukuhnya iman seorang suami dan ayah.

    Harus diakui, poligami itu sekiranya mematuhi segala syarat, seperti kemampuan menyara dan berlaku adil, boleh membawa kebahagiaan kepada semua pihak terbabit walaupun hakikatnya pahit ditelan.

    Tapi saya tidak berada di situasi Puan tersebut. Mungkin juga saya akan bertindak sedemikian rupa, sebab kecewa dikhianati orang yang disayangi...

    ~Dee

    BalasPadam
  6. Saya tak menyalahkan 'ustaz' yang wanita ini temui. Mungkin wanita ini salah anggap saja pada pandangan ustaz ni.

    Ingatlah, kalau nak dapatkan nasihat dari seseorang, kalau pendapat itu tak sama dengan apa yang dia nak, janganlah menyalahkan orang itu.

    Sebaliknya berterima kasihlah pada ustaz tu yang sudi dengar cerita dan beri pendapat tanpa ada apa-apa kepentingan. Bukan senang ustaz tu nak berfikir dan beri pendapat.

    BalasPadam
  7. SAYA PERNAH MENGALAMI PENGALAMAN DI MANA SUAMI BERTEMU KEKASIH LAMA DI FB.PADA MULANYA SAYA MEMBIARKAN PERKARA INI BERLAKU.TETAPI SAYA TIDAK MENAHAN RASA BILA SAYA DAPATI SUAMI SAYA TERLALU ASYIK BERFB SEHINGGA LARUT MALAM.SAYA DAPAT MEMBACA FBNYA DGN KEKSIH LAMANYA ITU.TETAPI TELAH MENUKAR PASTWOODNYA.SAYA TIDAK DPT LAGI MEMBACANYA.TETAPI SEBELUM ITU SAYA DAPAT MENYIMPAN NO TEL KEKASIH LAMA YANG DIBERI KPD SUAMI.DAN SUAMI PULA ASYIK BERMSJ DGNNYA.APA LAGI SYA HANTAR MSJ KEPADA KEKASIH LAMANYA ITU SUPAYA MEMUTUSKAN HUBUNGAN DGN SUAMI SAYA.WALAU APAPUN NIAT MEREKA BERDUA.CEGAH SEBELUM PARAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye...betul tu cegah sebelum parah..
      saye pun pernah melalui perkara same..
      untungnya mase tu saya tau pasword hb..bile saye buka, ex-gf req nak fren & tnggalkan mesej "slm bertemu kembali"..saye biarkan..ingat hb x layan...x sangke plak die accept..mulanya saye biase jer..tp bila dah mula luahkan masalah..saye x sedap ati...saye cek hp hb ade bg no die kat ex-gf dan pernah berbual...eeiii...x boleh jadi..saye terus terang dgn hb saye x suke die wat cam tu..mulanyae die protes gak..bg alasan dah kawan biase...lepas tu die kate oklah x de ape2..hb pun benarkan saye un-fren kan ex-gf die..tp naluri isteri selalunyer tepat..saye x sedap ati...dlm diam hb wat account fb lain..dan saye dpt menjejakinyer..ape lagi...saye bergado dgn suami..at last hb say sorry dan janji x contact lagi...lepas tu saye x jumpe lah yg pelik2...mase raye jer ex-gf die ade bg ucapan raya..tu pun hb x smpt baca saye dah delete..sbb hb g solat raye..tp kalau tanpe pengetahuan saye mereka ade contact melalui e-mail saye x tahulah..walau di hati rase curiga..tp saye pecaya dgn janji hb yg x akan contact lagi...
      pd saye kalau dah jadi ex-gf @ ex-bf x perlulah nak berhubung semula...secare otomatik kenangan lame akn muncul kembali..yg dah lepas tu biarlah...semua org ade mase silam..tp bile ade yg baru..x perlu lagi nak berhubung dgn yg lama..

      Padam
    2. Saya da lama dpt rasakn hb x putus2 bertanya khabar ngn ex-girl dia.tp sy positifkn diri mgkin mereka skadar berkwn.baru2 ni saya check album dlm hset hb,tgk ada gmbr ex-girl dia.sy ok lg.terkantoi tgk wassup hb ada kata i love u kat ex-girl dia..luluh hati sy.sedangkn hb dpn sy mcm pijak semut x mati walhal kat blkg..x tau sy nk ckp pe.skrg ni sy tgh tggu masa yg sesuai nk slow talk ngn hb..yg sy marah satu lg ex-girl dia pn gatal juga kuat mlayan.sy pn prnh ada ex-boy,tp lps kawin putus la cntact..pokok pangkal diri sndiri,setia pd yg satu..pd hb sy,

      Padam
  8. hmm..
    apa penyudahnya kisah ni ustaz..?
    dah stahun stengah ni haa...?
    ada update nya..?


    t/kasih !!

    BalasPadam
  9. SALAM USTAZ,
    HANYA SI ISTERI SAJA TAHU BETAPA LULUHNYA DAN HANCURNYA HATISI ISTERI BILA DAPAT TAHU SI SUAMI MEMPUNYAI KEKASIH GELAP ATAU PUN MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN KEKASIH LAMA....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.