Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 September 2010

"Takut Juga Jadi Orang Kaya"

Tadi saya ke Mydin Kuala Terengganu, hala balik ke Marang singgah di sebuah kedai runcit di Chendering tepat jam 8.00 malam. Saya nak beli barang sikit, kebetulan waktu tu berita TV3 kat tv kedai tu. Tuan kedai tu perempuan, suami dia dalam 50-an dan saya minat tengok berita pembunuhan Datuk Sosilawati.

"Kesian yer kena bunuh macam tu" Kata kakak tu.

"Yer, tak sangka jadi sebegini, tapi dah takdir". Kata saya.

"Yer le, takut juga jadi orang kaya ni" Kata kakak tu.

Dalam kereta saya teringat balik kata-kata kakak tu, dengan kedai runcitnya yang tak le besar sangat. Kira pendapatannya sederhana sajalah, nak kata kaya tak kaya, susah tak susah juga. Pelanggan tetap ada terutama orang-orang situ.

Yang saya tertarik, dia kata "takut juga jadi orang kaya". Kurang faham saya maksud kakak tu. Adakah dia tu kaya juga, walaupun kedai dia nampak sederhana jer. Mungkin juga dia kaya dan dah kaya, kedai runcit nampak kecil tapi untung besar. Atau dia ada sumber lain, perniagaan lain kot.

Atau dia takut nak jadi kaya sangat, cukuplah ala-ala kadar saja. Nanti jadi kaya, takut pulak, boleh sampai kena rompak dan bunuh kot. Mungkin pada kakak ni, kalau kaya belum tentu hidup tenteram. Kira alhamdulillah lah dengan pendapatan yang ada sekarang ni.

Terkesan juga apa yang kakak tu kata tadi. Saya ni kira bukan orang kayalah,  keluarga pun bukan keluarga kaya. Tapi lepas ni, cammana kalau saya jadi orang kaya. Tak apa, tak ada salahnya, asalkan dari sumber yang halal dan berkat. Waktu tu mungkin timbullah sedikit 'ketakutan' sikit macam kakak tu kata, mungkin juga.

1 ulasan:

  1. Salam Uztaz,
    kalau Allah nak jadikan kita kaya Alhamdulilah..yang penting kita kena balik kepada Fitrah..dengan duit/Harta tu jangan lupa kita sedekahkan pada yang perlu..banyak rumah kebajikan yang perlu..ibu2 tunggal..bapa2 tunggal..fakir miskin..saudara baru..dll..
    tapi banyak juga yang kecundang..bila Allah bagi kita kekayaan..kita mudah lupa..& disitu lah Ujian Allah pada kita..dan kemungkinan Allah akan tarik lebeh dari apa yang sudah diberikan pada kita NAUZUBILLAH..
    ada juga orang2 kaya nie..dorang ingat sekadar bagi sedekah..bantu sini sikit sana sikit..keluar kaca TV..keluar surat khabar sudah memadai..tapi hal2 yang wajib seperti Solat dan sebagainya senggaja ditinggalkan..lepas tu lepak di club2 malam..anak bini ditinggal2kan..
    ada juga bersyukur sekadar dimulut ja..tapi perbuatan tinggal..ALHAMDULLILAH..tapi solat tinggal..chukup lah sekadar dimulut..ni lah KITA..manusia..KITA ingat..ALHAMDULILAH dari mulut kita tu besar lah sangat & sama dengan nilai yang diberikan dari ALLAH...ASTAGHFIRULLAH..
    tapi uztaz walau macamana pon saya lebeh takut berkawan dengan orang kaya..takut2 dibunuh sebab kita mungkin berada ditempat yang salah dan waktu yang salah..macam 3 mangsa yang saya sebutkan semalam..
    INSYAALLAH..maaf uztaz..saya nie bukan juga uztaz..tapi sekadar "baru-startz"

    BalasPadam

Dipersilakan komen.