Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 September 2010

SUDAHKAH KITA MEMBAYAR ZAKAT ?

Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi. Sudahkah kita menunaikan zakat fitrah? Dalam Islam, menurut hadis yang sahih, ibadat puasa kita tergantung kalau kita tidak menunaikan zakat fitrah.

Rakat fitrah ramai yang tahu, tapi bagaimana pula dengan zakat harta ? Adakah kita tergolong daripada orang yang layak membayar zakat ? Kalau yer, silalah sempurnakan zakat kita.

Kunjungilah pejabat Kadi di setiap daerah di negeri Johor yang dibuka setiap hari, 7 hari seminggu termasuk hari Ahad. Pertanyaan dan pembayaran boleh dibuat di sana.

Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri


Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.

Zakat harta di Malaysia

Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:
1. Zakat pendapatan
2. Zakat wang simpanan
3. Zakat saham / pelaburan
4. Zakat emas dan perak
5. Zakat perniagaan
6. Zakat binatang ternakan
7. Zakat hasil pertanian
8. Zakat hasil laut
9. Zakat rikaz dan ma'din
10. dan lain-lain.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Uztaz,
    say baru sahaja membayar zakat fitrah di PKNS Shah Alam. Ada 2 orang pemungut zakat yang meletakkan meja pungutan mereka dekat tempat membayar parking/depan mesin ATM kat PKNS SA tu. Yang tak sedapnya, pemungut zakat nie tak menunjukkan pada public sifat2 baik yang sepatutnya ada pada diri mereka: 1) Bersikap acuh tak acuh bila ada orang ingin membayar zakat 2) asyik melihat laptop di depan mereka, bukannya bab agama pun, but gambar2 sport cars dan lain2 lagi 3)Sempat juga kami lihat wallpaper laptop tersebut, gambar "anime" sexy gila..memang memualkan... Seriously, selepas hari ini, saya memang tak rasa hormat pun pada mereka ini...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.