Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 September 2010

JPJ akan kemukakan cadangan mansuh saman ekor...Setuju! Setuju! Setuju!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhalusi cadangan memansuhkan saman ekor sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kata putus, kata Timbalan Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya sedar penguatkuasaan peraturan saman ekor itu boleh mengundang pelbagai kesulitan kepada pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan akibat disenaraihitamkan.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Ustaz,

    Terima kasih ziarah blog saya, tak sangka kita sekampung yee, Saya pernah masuk blog ustaz satu ketika dulu, menarik blog ustaz, pendek dan padat aja..Selamat Hari Raya Ustaz...

    BalasPadam
  2. Salam ustaz.

    Saya mcm kurang setuju alasan sebab nak dimansuhkan. Kalau konsep tahan dan beri saman bertulis pun sama juga, akan disenaraihitamkan kemudiannya jika engkar bayar.

    Apa yg saya nmpk kelemahan saman ekor ni hanya jika ada unsur2 ketidaktulusan dimana nombor kereta kita dicatit/senaraihitam atas gantian kerana yg disaman adalah seorang kenalan mereka.

    BalasPadam
  3. Saya ada buka Rilex e-services, tak sangka pula ada satu saman speed rm300.
    Saya memang orang Kluang, tapi dah 7 tahun kat Sarawak.
    yang peliknya tu kereta saya kat sarawak tapi kena saman kat Kota Star, jalan kuala kedah bila masa pula saya pergi kedah, jejak kaki kat kedah pun tak pernah.
    takkan saya nak bayar saman yang datangnya dari kelemahan pihak PDRM sendiri.

    BalasPadam
  4. Ini lah kemusykilan yg sering berlaku, lokasi kenderaan tidak logik dengan saman yg dikeluarkan ! nmpk sgt ketidak-telusan didalam perkara ini !

    BalasPadam

Dipersilakan komen.