22 September 2010
Anak Perempuan Nak Kawin, Wali Pula Kena Penjara Kesalahan Khalwat
Ada satu kes di Kluang, pegawai pejabat Kadi terpaksa ke penjara Kluang untuk bertemu bapanya kerana anak perempuannya nak bernikah tak lama lagi. Anak perempuan ini akan bernikah tak lama lagi. Bapanya masih ditahan di penjara Kluang kerana kesalahan khalwat dan dijatuhkan hukuman penjara oleh hakim Mahkamah Syariah. Bapanya sebagai wali pernikahan, akan keluar awal tahun depan sedangkan tarikh pernikahan anaknya itu sudah dirancang pada hujung awal bulan November.
Terfikir juga saya, waktu majlis nanti, keluarga dan sedara mara dari kedua pihak pasti tertanya-tanya dan berbisik-bisik kerana ketidakhadiran bapanya pada majlis akad nikah nanti. Sedih juga bapanya nanti, tak dapat hadir ke majlis perkahwinan anak kandungnya. Dengarlah dia lagu 'dendang perantau' dalam penjara', itu pun kalau dapat dengar radio.
Simpati juga kita dengan keluarga ini, tapi itulah kesalahan yang bapanya lakukan sehingga anak dan ahli keluarga juga turut terasa malu dengan perbuatan bapanya itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.