Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Oktober 2013

Perlukah Nikah Senyap-senyap? Ada Syarat Tau (Episod 2)


Sedang saya kesibukan untuk menulis episod seterusnya, ada seorang ini berikan satu cerita melalui facebook yang menarik mengenai nikah dua. Okey, saya pun tertarik dengan cerita dia ni. Seronok juga dengar cerita ini.

Lelaki ini umur awal 40-an bekerja eksekutif di sebuah syarikat, sudah beristeri. Perkahwinan mereka berbelas tahun lamanya dikurniakan 3 orang anak dan hidup mereka bahagia. Isteri beliau lewat 30-an bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah.

Lelaki ini berkenalan dengan seorang perempuan janda awal 30-an, anak seorang, berkenalan melalui facebook. Perempuan ini juga seorang guru di daerah berlainan yang jaraknya lebih kurang 100 km dari tempatnya. Perkenalan mereka lebih kurang dua tahun dan mereka beberapa kali bertemu. Bagaimanapun, isteri pertama lelaki ini lansung tidak mensyaki atau mengetahui hubungan mereka ini.

Merancang Bernikah

Oleh kerana hubungan mereka semakin mesra, mereka merancang untuk bernikah secara senyap. Ibu dan bapa perempuan tidak ada masalah untuk anak mereka bernikah dengan lelaki suami orang ini. Beberapa perbincangan kerap dilakukan sama ada berdepan atau melalui facebook antara mereka.

Dari segi hubungan lelaki dengan isteri pertamanya, katanya isteri pertamanya kelihatan dingin dengannya kerana lebih mementingkan kerjaya dan anak-anak katanya. Tapi katanya dia tak mahu mengumpat atau cerita kelemahan isteri pertamanya atau hendak bandingkan antara yang pertama dengan bakal isteri kedua.

"Ustaz... ramai yang salahkan lelaki kalau lelaki kawin dua. Tapi kenapa tak pernah tanya isi hati suami, kenapa suami kawin lagi satu?. Lelaki tak suka hendak bercerita dan luahkan perasaan, ustaz. Sebab itulah saya nak kawin lagi". Kata lelaki ini.

Nikah Ada Syarat

Mereka bersedia nak bernikah bila-bila masa tetapi ada syarat-syaratnya. Seronoknya saya dengan cerita macam 'syarat-syarat DoReMi' pulak dah. Antara syaratnya adalah:

1. Perempuan bersetuju merahsiakan perkahwinan ini dari pengetahuan orang lain terutama isteri pertama lelaki.

2. Mereka cuma bertemu sekali atau dua kali dalam seminggu sahaja.

3. Lelaki tidak akan bermalam di rumah isteri kedua. Tetapi tetap bermalam di rumah isteri pertamanya untuk menutup rahsia.

4. Perempuan tidak minta wang ringgit atau belanja harian kerana mengatakan duitnya cukup. Perempuan ini sudah ada rumah dan kereta sendiri.

5. Mereka tidak merancang untuk mempunyai anak pada masa ini tapi tidak tahulah masa akan datang.

6. Isteri kedua sanggup tidak berhari raya dengan suami kerana mahu membiarkan suami menyambut Aidilfitri dan Aidil Adha dengan isteri pertama tanpa gangguan. Atau ayat yang lebih sesuai lagi adalah, untuk tembelang tak pecah.

7. Isteri kedua tak telefon atau sms suami sewaktu suami berada di rumah isteri pertama.

Syarat Dipatuhi

Kedua-dua mereka sudah sepakat untuk mematuhi syarat-syarat ini  sebelum bernikah. Malah kedua-duanya gembira dengan syarat-syarat ini. Malah, perempuan mahu melihat lelaki ini bahagian hidup dengan isteri pertama dan 3 orang anak. Perempuan tahu, kalau rahsia perkahwinan ini pecah, hidup lelaki akan berantakan dalam Bahasa Indonesia gitu.  Perempuan juga katanya tidak sunyi kerana ditemani anak, ibubapa dan adik beradiknya.

Mengakhiri perbualan ini, lelaki ini kata dia sudah nekad untuk bernikah secara senyap. Bila ditanya, kenapa dia nak kawin lagi, jawab dia, sebab sudah jatuh cinta dengan perempuan ini, tak perlu dia nak bohong. Bila dah jatuh cinta, kalau tak kawin, kan merana, kata dia. Saya tak banyak komen apa-apa sebab saya belum ada rezeki kawan dia macam dia, dan tak berpengalaman nak ulas.

5 ulasan:

  1. ustaz, ayt akhir ni xpaham. haha: "saya belum ada rezeki kawan dia macam dia"

    BalasPadam
  2. Seorang kenalan rapat saya telah lebih tiga tahun berjaya dengan syarat-sarat seperti di atas. Masing-masing bersetuju dengan syarat tidak bertulis itu.

    BalasPadam
  3. Sebelum kawen semua boleh setuju tapi bila dah kawen esok kita tengoklah apa hasilnya. Dia perempuan mesti ada hati jugak ada perasaan cemburu dan sayang.

    BalasPadam
  4. Lebih baik nikah dr terus berbuat dosa... lelaki plak jgn pulak lps tanggungjawap bila dh beristeri dua..

    BalasPadam
  5. Sudah berkahwin selama 28 tahun. Ada anak seorg perempuan. Alhamdulillah sudah dikurniakan seorg cucu perempuan. Tahun ini didapati suami 60thn pemandu taxi bernikah dgn perempuan indon di indon stelah terlanjur di malaysia. Kemungkinan sudah ada anak perempusn berumur 6 bln. Suami masih tidak mengaku walau jelas di depan mata. Permasalahannya skrg suami tdk mmpu dan menggunakan duit isteri pertama utk menanggung bini indon. Bini pertama tidak sanggup hidup begini duit hitgvsuami sampai skrg isteri bayar beras di rumah pon suami x pernah beli sanggup pula berkahwin lain. Xpernah mengungkit tp hati tersangat sakit. Apa hukumnya pada kami semua..anak sndiri cba bg nasihat pada suami tp dituduh menghina dan gila. Hingga c anak tawar hati pada bapanya..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.