Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Mei 2010

Kes Bunuh Sekeluarga di Gemencheh : Rashidi Terus Didakwa

SEREMBAN - Laporan perubatan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati Rasidi Ismail layak dibicarakan atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya termasuk bapa dan adiknya di Kampung Batang Rokan di Gemencheh dekat sini pada 5 Januari lalu.

Rasidi sebelum ini diarahkan menjalani pemeriksaan mental selama dua bulan di Hospital Permai, Tampoi, Johor oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah membunuh empat ahli keluarganya. Dia yang merupakan seorang penganggur sebelum ini mengaku salah melakukan pembunuhan itu dan mendakwa perbuatan itu dilakukan atas arahan dari langit.

Rasidi, 32, dituduh membunuh bapanya, Ismail Awang, 76, datuk, Atan Daud, 87, dan nenek, Sufiah Katas, 80, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 pagi dan pukul 11 pagi 5 Januari lalu.

2 ulasan:

  1. Langit mana ler yang dia tengok agaknya yer... kesian.

    BalasPadam
  2. salam ta'aruf...

    pernah ada pesakit(cuma ada tekanan kerja)telah dihantar ke tjg rambutan oleh keluarganya sendiri...itupun atas desakan rakan2.

    pesakit itu menafikan yang dia gila,akhirnya selepas 1 tahun rawatan beliau disahkan gila dengan kesan lebam di seluruh badannya...rawatan apa?

    memang kerja gila.wallahua'lam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.