16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kenaikan pangkat seramai 15,320 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 9,969 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Bukan Siswazah (PPPLD) bermula April lalu.
16 Mei 2010
Hari Guru : Tahniah Guru Naik Pangkat
16 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kenaikan pangkat seramai 15,320 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 9,969 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Bukan Siswazah (PPPLD) bermula April lalu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat bagi 25,289 PPPS dan PPPLD meliputi tiga kategori iaitu mengikut tempoh (time based) selama 10 tahun, guru cemerlang dan kenaikan secara hakiki bagi gred DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahniah dan syukur. Cuma lepas ni, kita kena belanja berhemah dan jangan boros atau membazir dalam perbelanjaan. Jangan, kenaikan belum terima lagi, dah tempah kereta baru yang diluar kemampuan. Berbelanjalah dengan bijak.
BalasPadamKalau dapat kenaikan ini, eloklah berdisiplin untuk menyimpan setiap bulan. Malangnya, orang kita sekarang kurang menyimpan, jadi bila sesak, mengadu pada kad kredit atau bank untuk pinjaman peribadi.
Kalau gaji sebesar mana pun, kalau tidak berjimat, tetap akan rasa tak cukup. Jangan mudah terperangkap dengan hutang terutama hutang kereta, rumah, kad kredit, pinjaman peribadi, beli insuran hayat yang tak sepatutnya dan jangan tertipu dengan pelaburan haram.