21 Mei 2010
Baru Dapat Bantuan Baitulmal, Kena Tipu Sendikit sms
Minggu lepas, seorang ibu datang mengadu yang duit bantuan dari Baitulmal RM 1,600 yang dimasukkan ke akaun peribadinya lesap. Selepas terima bantuan, makcik ni serahkan kad bank ATM pada anaknya untuk keluarkan.
Kemudian, anak makcik ni dapat satu sms, kononnya menang RM10,000 dari peraduan sebuah syarikat kopi terkenal. Anaknya menghubungi nombor telefon tersebut dan mengikut arahan selanjutnya untuk cara-cara mendapatkan 'durian runtuh' tersebut ke akaunnya.
Dia telah menekan sesuatu di mesin ATM itu mengikut arahan. Bagaimanapun, setelah melakukannya, tiada pun duit RM 10,000 dimasukkan ke akaunnya tetapi yang didapati adalah kehilangan duit RM 1,600 dari akaun itu. Duit RM 1,600 itu pula adalah duit bantuan baitulmal yang baru diterima milik ibunya.
Ini kisah Lebai Malang dan Pak Pandir. Nak kaya tak jadi, kayap jadinya. Ibu dia dah tentu marah pada anaknya. Kenapalah orang kita cepat percaya, takkanlah senang-senang nak dapat duit banyak sampai RM 10,000 tu senang-senang jer.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam
BalasPadamDah banyak terjadi kes macam ni, kerapkali dilaporkan di media, tapi kenapa masyarakat masih tak serik2 ye, percaya juga dgn tipu helah nak dapatkan wang mudah sampaikan duit bantuan yang sepatutnya digunakan untuk keperluan pun sanggup di"korban"kan.Hakikatnya mana ada cara mudah untuk dapatkan wang.
Salam Aidilfitiri ....
BalasPadamSaya juga pernah mendapat sms yang sama. Tapi langsung tak pernah terpikat dengan tawaran mereka. Tapi saya pernah beberapa kali bertemu dengan orang yang boleh dikatakan tamak pantang dapat tawaran. Ada yang hilang duit gaji, duit untuk belanja rumah; dsb. Sebenarnya kita jangan jadi bodoh, mana ada senang-senang orang nak tawarkan kita hadiah wang tunai puluhan ribu pulak tu. Bila duit dah habis kena kebas datang ke bank salahkan pula pihak bank dan yang lebih teruk lagi kata orang bank yang ambil. Subhanaallah.
Hanya org2 yg kurang membaca akhbar2 x guna internet x tengok tv je yg terkena cm ni..sy dulu2 pn siap gembira sangat dtp email mengatakan e-mail sy menang 3 juta hehe masa tahun 1994 nasib naik la siap tnjukkn pada towkeh kedai hard ware yg sy slalu beli barang kalau x menangis x berlagu...hehe ingatkn bila kita dh ada duit sikit duit kita akan bertambah bak kata org cina.." Wang cari wang "
BalasPadam