Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Mei 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 10

Petang tu, Man mula niaga lewat sikit dalam 6.30 petang. Pembantu Man, Aboi dah lama menunggu dan Aboi nampak Man kurang ceria hari tu. Walaubagaimanapun, Man tetap mesra dengan pelanggan. Kemesraan dengan pelanggan itu adalah salah satu daya penarik yang membuatkan perniagaan Man berjaya. Sekali fikir, nak saja berhenti niaga burger, mungkin Man buat bisnes lain yang ada glamour sikit. Niaga insuran ker, niaga jualan lansung ker. Man tengok orang yang kerja macam tu pakaian kemas, ke sana ke sini pakai tali leher, kereta pun dahsyat.

Ada sorang kawan Man tu masuk jualan lansung, niaga barang kesihatan. Baru 3 bulan masuk, dah pakai kereta mewah, dah bergelar jutawan. Tapi Man pelik juga, nama jer jutawan. Tapi kalau minum kedai mamak, kebanyakannya Man yang kena belanja, betul ke jutawan tu. Dah lah tu, kawan yang sorang tu pinjam duit Man RM 300.00 dari dulu tak bayar-bayar. Patut dah bergelar jutawan, faham-faham le nak  pulang duit tu. Entah, mungkin jutawan palsu untuk mengaburi mata orang.

Tapi Man niaga burger memang ramai pembeli setiap hari. Man jual satu burger daging  RM 1.70, burger ayam 1.90 satu. Tolak campur, keuntungan yang Man dapat dari sebiji burger antara 80 sen hingga seringgit. Kalau kawan Man yang jutawan jualan lansung tu, Man pun tak tahu macam mana nak kira untungnya. Sikit-sikit jutawan, sikit sikit jutawan, naik menyampak pulak. Tapi sebab dia tu jutawan, ramai awek keliling pinggang.

 Man rasa, nak saja masuk jualan lansung macam tu. Biar orang panggil Man jutawan. Bukan apa, perniagaan burger Man akan terus jalan juga senyap-senyap.  Yang penting, nanti bakal pak mertua tanya Man kerja apa, Man boleh kata bisnes juta-juta, jutawan Melayu. Kalau gitu, pasti keluarga Yanti nanti tak menolak malah tentu menyokong 200 peratus pulak.
Malam tu kakak Yanti, Azizah telefon, bertanya khabar. Kalau kakaknya Azizah telefon, maka Yanti jawablah, kalau adik beradik lain belum tentu. Selain itu, pastinya soalan tentang Man Burger, jejaka pilihan Yanti.

"Yanti. Kakak baru balik dari rumah abang Kamal ni, bincang pasal kau Yanti. Empat orang saja yang ada, emak, abang kau Kamal, Fuad dan kakak, yang lain tak ada". Kata Azizah.

"Apa yang dibincangkan tadi kak, nampak macam ada perkara penting jer". Kata Yanti.

"Biasalah. Pasal masa depan kau. Kakak rasa elok kau berehat dulu buat masa ni, jangan terlalu tertekan sangat. Kakak tahu, kau tak senang dengan sikap abang-abang kau dalam perkara ini". Kata Azizah.

"Berehat ? Apa maksud kakak". Kata Yanti.

"Yanti. Esok sepupu kita Azmi akan ke rumah Yanti, untuk kasi satu benda. Barang ni mak yang usahakan". Kata Azizah. Yanti kehairanan.

"Barang ? Barang apa kak ". Tanya Yanti untuk tahu.

"Ada sebotol air dan satu gelang untuk kau pakai". Kata Azizah.

"Air dan gelang apa ni kak ?" Yanti semakin mendesak supaya kakaknya beri jawapan.

"Air dan gelang ni mak dapat dari orang alim. Untuk pendinding kau". Kata Azizah.

"Apa ni kak...Maksud kakak, Yanti dah kena ilmu. Kenapa ? Apa yang telah berlaku pada Yanti sampai macam ni?". Kata Yanti sambil suaranya sudah mula sebak.

"Yanti, kita ikhtiar dulu. Manalah tahu kalau-kalau kau..." Kata Azizah kemudian dipotong Yanti.

"....Kalau-kalau aper kak. Kalau-kalau Man yang buat ilmu hitam pada Yanti ker ?" Sampuk Yanti.

"Bukan Yanti. Kan kita berusaha, kadang-kadang ganggunan ini ada pada sesetengah orang terutama wanita. ". Kata Azizah.

"Tidak kak, kalau Azmi datang ke sini, Yanti tak mahu terima apa-apa pada dia. Beritahu dia jangan datang sini. Yanti tak mahu diganggu". Kata Yanti dengan suara yang agak tinggi.

Kemudian Yanti memutuskan perbualan walaupun kakaknya itu seolah-olah mahu meneruskan perbualan. Yanti menangis teresak-esak sendirian. Sekarang, seolah-olah tiada lagi walaupun seorang dalam keluarga Yanti yang menyokong Yanti. Mulanya Yanti rasa kakaknya Azizah menyebelahi Yanti, tetapi sekarang tidak lagi, mungkin terpengaruh dengan abangnya Fuad dan Kamal. Yanti rasa tidak mahu berdepan dengan keluarganya lagi.  Rakan serumahnya, Noor risau melihat Yanti menangis.

Sedang menangis tu, yanti telefon Man yang waktu itu sedang sibuk berniaga.

"Man tolong Man. Yanti tak kena ilmu hitam, tidak Man. Yanti masih siuman". Kata Yanti sambil menangis. Man terkejut sangat sebab dia tak tahu hujung pangkalnya.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 11
http://kadikluang.blogspot.com/2010/05/sudah-nasibku-mat-burger-episod-11.html (Episod 11)

4 ulasan:

  1. sampai macam tu sekali keluarga yanti tuduh man...tak patut betul la...

    BalasPadam
  2. Ustaz,

    Seorang sahabat saya merupakan bekas Pensyarah dan bekas Remiser, akibat kejatuhan harga saham, beliau juga pernah menjadi muflis dengan hutang berjuta juta RM. Itu terjadi beberapa tahun dahulu. Sekarang beliau merupakan seorang peniaga Burger yang berjaya dan sering di panggil oleh jabatan kerajaan dan koporat untuk memberi ceramah motivasi kejayaan dan dunia akhirat. Lebih di kenali debagai 'Jutawan Burger' dan memiliki hampir 100 buah gerai burger di seluruh Selangor dan kini menjadi pengilang burger pula. Jika dahulu beliau susah nak dapat loan dari pihak bank, tapi sekarang, pihak bank pula yang berlumba lumba suruh buat loan dengan berbagai bagai promosi. Beliau kini bahagia dengan isteri dan keluarga baru, kerana isteri dan keluarga mertua dahulu telah membuang beliau semasa zaman kejatuhan.



    Dia merupakan salah seorang daripada idola saya kini. Saya doakan beliau terus maju di dunia dan akhirat. Amin

    BalasPadam
  3. Amiin..sebagai seorang melayu dan seorang muslim sy juga doakan yg terbaik buat shbt anda,anda,dan kita semua sesama muslim...InsyaAllah...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Semoga kisah ini kita jadikan teladan,siapalah kita hendak menghina sesama insan. Segala pangkat, kekayaan dan harta milik Allah. Segalanya hanya pinjaman semata.

    Janganlah kita berburuk sangka sesama insan terutama berkaitan Ilmu hitam......

    Abu Amir
    Wassalam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.