Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Mei 2010

Lahir Anak Luar Nikah di Tandas Klinik

KUALA TERENGGANU, 5 Mei  -- Seorang pelajar Tingkatan Empat melahirkan bayi dalam tandas di Pusat Kesihatan Jerangau, Felda Jerangau, Dungun dekat sini, Rabu.

Difahamkan pelajar itu ke klinik berkenaan pada pukul 11 pagi dengan ditemani jirannya setelah mengadu sakit perut dan sebaik tiba di klinik, remaja terbabit dilaporkan ke tandas dan bersalin di dalam tandas terbabit.Kejadian yang menggemparkan pesakit di klinik itu disedari oleh orang ramai yang lalu berhampiran tandas terbabit apabila ternampak air bersama darah mengalir keluar daripada tandas berkenaan.

Mereka yang bertindak membuka tandas menemui pelajar berkenaan berlumuran darah dalam keadaan lemah bersama seorang bayi. Pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sekitar Dungun itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan bersama bayinya.

3 ulasan:

  1. Sungguh kesian... satu lagi kisah remaja kita.

    BalasPadam
  2. heran takan parent tak perasan perut anak dorang eh.kesian mungkin terlampau sibuk mencari rezeki ;)

    BalasPadam
  3. MACAM MANA LAH IBU BAPA TAK BOLEH PERASAN PERUBAHAN ANAK2 SENDIRI? KESIAN

    BalasPadam

Dipersilakan komen.