Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Mei 2010

Gaji Kakitangan Kerajaan Nak Naik ?

Dalam akhbar hari ni, Perdana Menteri membayangkan untuk mengkaji atau dalam istilah yang lebih mengembirakan iaitu untuk menaikkan gaji kakitangan awam. Bagaimanapun, kakitangan kerajaan rileklah, jangan gaji belum lagi naik, dah mula buat hutang kereta dan rumah besar-besar. Kalau gitu, serupalah macam gaji tak naik.

''Saya tidak suka melihat penjawat awam bergaji rendah". Kata Perdana Menteri.

''Apabila saya dengar baru-baru ini pekerja pos dapat gaji di bawah garis kemiskinan, saya minta ia dikaji semula, naikkan dan insya-Allah, gaji mereka akan naik Julai ini dengan 15,000 orang dapat gaji baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman. Omar baru-baru ini berkata, CUEPACS mahu kerajaan melakukan semakan semula gaji kakitangan awam, bukannya membuat penyelarasan gaji.

Menurutnya, CUEPACS tidak menuntut penyelarasan gaji sebaliknya mahu semakan gaji kakitangan awam membabitkan kenaikan antara 20 dan 40 peratus kepada 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

CUEPACS, kata beliau, akan menolak sebarang cadangan untuk membuat penyelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 10 peratus kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah 400,000 kakitangan yang menerima gaji terlalu rendah iaitu antara RM480 dan RM690 sebulan. Perdana Menteri berkata, konsep negara perlu berteraskan kepada modal insan jika mahu menjurus kepada ekonomi inovatif dan berpengetahuan.

''Kalau nak membangun, rakyat yang berpengetahuan tinggi mesti diberi gaji yang setimpal, ini termasuk penjawat-penjawat awam.

''Dengan ini akan berlaku anjakan di mana kita iktiraf dari segi kemampuan ilmu, kemahiran dan kebolehan supaya apa yang kita beri dari segi gaji dan kemudahan sama ada dalam sektor awam atau swasta biarlah setanding dengan negara-negara maju yang lain," katanya.

Kata beliau: ''Dalam aspek ini, kita akan lakukan dengan tingkatkan produktiviti. Produktiviti ini penting sejajar dengan semangat yang diberikan penjawat awam."

7 ulasan:

  1. Kemungkinan juga hasik kutipan cukai judi drpd kelulusan lesan judi bolasepak dunia akan memberi dana yang mencukupi kepada kerajaan untuk peruntukkan kenaikkan gaji tersebut.

    BalasPadam
  2. Salam

    Kenaikan gj posmen dlm RM50 aje.. kecoh mcam naik 2-3 ratus... harap jgn terpedaya.. Gaji mereka lebih rendah dr meter reader sykt utiliti...kesian mereka

    BalasPadam
  3. Salam Ustaz,
    Alhamdulillah sekiranya gaji kakitangan awam dinaikkan walaupun saya tak terlibat.
    Dapatlah mereka menampung keperluan keluarga di waktu barang & perkhidmatan "serba naik" kini.
    Menaikkan gaji kakitangan awam ni lebih baik dari membelanjakan wang negara ke projek2 mega dan yang tidak memanfaatkan rakyat.
    Kakitangan awam yang menerima kenaikan tidak bersalah berkaitan dari mana sumber pembayaran itu. Anggaplah sumber itu dari hasil yang halal manakala hasil yang syubhah digunakan untuk tujuan lain. Namun harapannya agar janganlah ibarat "sikit hulur tarik lebih"...faham ya Ustaz ?

    BalasPadam
  4. alhamdulillah !!!

    tp sy ingat jika pengumuman naik gaji ni dibuat secara besar-besaran. Pasti akan ada barang lain yang akan turut naik seperti barang keperluan harian.

    Semoga kerajaan bijak dlm menaikkan gaji penjawat awam dan bijak dlm mengawal kenaikan harga barang keperluan terutamanya.

    BalasPadam
  5. serupa tak payah naikkan gaji ye ustaz?

    BalasPadam
  6. Biar gaji naik, barang pun naik ... Dari barang naik , gaji tak naik naik .. Tak ke haru jd nyer ...

    BalasPadam
  7. oklah tu..syukur kepada allah..memang tanggungjawab kerajaan terhadap kakitangannya yang bekerja untuknya....itulah yang sepatutnya...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.