Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Mei 2010

Buang Bayi Dalam Kotak Susu di Kulai

KULAIJAYA: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, diletakkan di dalam kotak susu sebelum ditinggalkan di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah Munsyi Abdullah, di sini, awal pagi semalam. Ketika ditemui seorang lelaki kira-kira jam 4.50 pagi, bayi berkenaan masih bernyawa, bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kulai, di sini.

Zulkifli Samsi, 40, yang menemui bayi berkenaan berkata, pada waktu itu dia yang menaiki kereta sedang dalam perjalanan untuk minum di gerai berhampiran rumahnya dan melihat sebuah kereta berhenti di hadapan sekolah berkenaan.

"Dalam keadaan samar-samar, saya melihat kelibat orang keluar dari kereta itu sambil membawa sesuatu. Dalam keadaan kelam kabut, dia meletakkan objek dibawanya di hentian bas berkenaan sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru.

"Kerana ingin tahu, saya kemudian berhenti dan mendapati sebuah kotak susu ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu dibalut dengan kain.
"Tanpa berfikir panjang saya mencapai kotak itu dan masuk ke dalam kereta menuju ke HK. Ketika dirawat, saya dapat melihat jarinya bergerak sebelum disahkan sudah meninggal dunia," katanya di sini, semalam.

Zulkifli berkata, dia berdoa sepanjang perjalanan ke hospital supaya bayi yang masih bertali pusat itu akan dapat hidup. Katanya, bayi itu meninggal dunia sewaktu azan Subuh sedang berkumandang walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membantunya terus hidup.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

2 ulasan:

  1. sedihnya.. menitis airmata mengenangkan nasib bayi tersebut.. kalau dah taknak pun.. serahlah pada seseorang.. ya Allah.. apakah nasib masa depan kita?.. tuan kadi.. apa tindakan yg perlu dilakukan supaya perkara sebegini tidak berulang?.. dah terlalu muak dgn kejadian mcm ni.. sempit dada rasanya.. sakit hati melihat muda mudi mcm ni..

    BalasPadam
  2. sedih dgn berita cerita zaman skrg...bayi d buang mcm anak ayam mati jer....tersentuk lubuk naluri ke ibuan saya bila terpandang jasad yg dibuang begitu.....anak remaja zaman sekarang yg kurang didikan, jiwa yg makin dirasuk syaitan....
    sama2lah kita sebagai mak bapak mendidik anak2 kita utk elak pkara begini

    BalasPadam

Dipersilakan komen.