Bagaimanapun, timbul rasa bersalah pada diri Man yang tak jawab sms dan panggilan Yanti dari tadi. Man balas sms Yanti. Tanpa disengaja, sms Man agak berlainan kali ini.
"Yanti. Doakan keselamatan abang. Doakan abang selamat". Sms Man.
Yanti waktu itu sedang tidur dan terjaga apabila bunyi sms masuk. Yanti hairan kenapa Man berperangai pelik sebegitu. Selepas Yanti ke bilik air dan membasuh muka, Yanti telefon Man untuk tahu apa yang berlaku. Man jawab panggilan itu.
"Helo abang Man, belum tidur lagi ?". tanya Yanti.
"Errg... dah tidur tadi dan bangun semula". Jawab Man.
"Man kenapa tak niaga malam ni. Tadi yanti lalu gerai tak buka pun". Tanya Yanti.
"Tak. Malam ni tak buka, ada sikit masalah". Kata Man.
"Masalah ? Masalah apa tu, ceritalah, mungkin Yanti boleh bantu". Tanya Yanti nak tahu.
"Ada sikit masalah peribadi, pasal bisnes". Kata Man.
Mendengar alasan bisnes, Yanti tak mahu tanya lanjut. Lagipun dia bukan tahu sangat pasal bisnes ni. Pada Yanti, mungkin Man ada masalah bekalan barang ker, hutang ker atau perkara lain yang Yanti rasa itu hal peribadi Man.
Yanti malam itu tidur dengan bahagianya. Bahagia selepas dapat berbual dengan buah hatinya yang dari tadi tak dengar berita. Man pula tidur dengan nyenyak, mungkin kesan 2 biji panadol yang dia makan tadi.
Esoknya, jam 8 pagi bila Yanti ke pejabat, Yanti terkejut apabila menerima satu surat sulit. Berdebar rasanya bila terima surat sebegitu dari ibupejabat di Kuala Lumpur. Bila dibuka surat itu, memang itu satu kejutan. Yanti seolah-olah tak dapat berkata apa-apa lagi. yanti menangis teresak-esak di depan rakan sepejabatnya. Kawan-kawannya diam tak berkata apa-apa dan menunjukkan simpati pada Yanti.
Yanti dapat surat tukar ke pejabat di Kuala Lumpur berkuatkuasa minggu hadapan iaitu pada awal bulan. Melihat kesedihan Yanti kena tukar, kawan sepejabat menasihatkan Yanti berjumpa bosnya. Dalam bilik bos, Yanti masih menangis sepuashatinya di depan ketuanya itu.
"Tuan. Boleh saya tahu kenapa saya ditukarkan ke Kuala Lumpur". tanya Yanti pada ketuanya.
"Yanti. Saya juga baru menerima surat sulit yang sama pagi ini. Ini arahan bertukar dari ibupejabat". Kata ketuanya.
"Tuan. Bolehkah tuan tolong saya untuk dikekalkan di Johor Bahru buat masa ini. Saya baru 2 tahun di sini." Rayu Yanti.
"Maaf Yanti. Pertukaran perlu berkuatkuasa seperti arahan, cuma boleh mohon penangguhan selama seminggu untuk menyelesaikan tugas di sini." Kata ketuanya.
Yanti faham yang bosnya seorang yang baik dan selalu memahami tugas Yanti selama ini. Yanti sedar, pertukaran itu atas arahan ibupejabat yang bosnya pun tidak mampu mengubahnya.Yanti keluar dari pejabat dan mahu pulang ke rumah segera. Semangatnya untuk bekerja terus hilang pada hari itu. Selama bekerja selama 2 tahun lebih, tak pernah Yanti keluar begitu saja dari pejabat tanpa minta izin ketuanya, Yanti seorang pegawai yang baik dan berdisiplin.
Dalam kereta, Yanti masih menangis teresak-esak. Yanti menelefon Man yang waktu itu berada di rumah.
"Abang Man. Yanti ada perkara penting nak beritahu Man. yanti nak jumpa man sekarang." Kata Yanti. Man jadi serba salah. Man takut nak jumpa Yanti lagi, takut kena belasah lagi seperti hari itu. Man juga tak mahu Yanti tengok mukanya yang masih lebam yang belum surut lagi hari itu.
"Yanti. Man ada hal pagi ni. Man rasa kita tak boleh jumpa". Kata Man.
"Man...Ini perkara yang sangat penting Man. Tolonglah Man, Yanti nak kita jumpa sekarang juga". Pujuk Yanti.
Man akhirnya akur dan minta Yanti datang ke rumahnya sebab kereta Man masih diselimuti cat merah. Man cadangkan mereka pergi makan di kedai yang jauh sikit dari situ. Yanti hairan tapi ikut saja. Di kedai makan, baru Yanti sedar yang muka Man lebam.
"Kenapa muka Man?". Tanya Yanti.
"Tak apa. Sikit jer, Man jatuh moto, semalam, pinjam moto kawan". Kata Man. Yanti tak percaya kata-kata Man dan tahu yang Man menipunya.
"Abang...lebih baik abang berterus terang. Kenapa abang perlu berselindung dan menipu Yanti ? Man yang Yanti kenali sebelum ini seorang yang jujur dan suka berterus terang. Kenapa Man tipu Yanti ? Kenapa ?". Desak Yanti.
Man tunduk terdiam. Man sudah jadi serba salah kerana dalihannya tidak berjaya. Waktu Man masih terdiam, Yanti terus mengajukan soalan.
"Kenapa abang Man ? Man kena pukul ? Siapa pukul ? Kenapa jadi begini, Man?". Desak Yanti.
Man terus tunduk dan tidak berkata apa-apa. Dia sudah tidak dapat berselindung lagi. Yanti terus mendesak Man.
"Abang Man..... Berterus teranglah Man. Yanti suka insan yang berterus terang. Ceritalah Man, berterus teranglah. Kenapa diam Man ?". Kata Yanti.
Tiba-tiba saja Man menutup muka. Kemudian Yanti nampak air mata Man jatuh ke meja makan. selepas menglap air matanya, Man mula bersuara.
"Yanti... Man jadi begini sebab Man ini Mat Burger..... Man seorang yang hina.... Man orang terbuang tepi jalan....Man tak layak kawan dengan orang berada seperti Yanti...". Kata Man dengan suara yang tersekat-sekat sambil menangis.
Mendengar kata-kata Man itu, Yanti pula jadi sedih.
" Abang Man... jangan ulang lagi kata-kata itu. Man jangan hina diri Man lagi. Man pernah janji pada diri Yanti yang Man tak akan ulangi lagi perkataan itu. Cukuplah abang, cukup..". Kata Yanti.
"Betul Yanti. Abang dah buang rasa rendah diri itu dalam diri Man. Tapi keluarga Yanti pula yang menghina Man, belasah Man dan ugut nak bunuh Man.... Kerana Man ini seorang Mat Burger. Kalau Man ada jawatan dan kedudukan, keluarga Yanti tak akan serang Man sebegini...". Luah Man.
Yanti mengeleng-ngelengkan kepalanya tanda tidak setuju apa yang Man cakapkan itu.
"Tidak Man, tidak. Yanti sudah berjanji untuk terus bersama Man walaupun apa saja rintangan. Yanti sanggup berkorban untuk kebahagian Man. Tapi sanggupkah Man berkorban untuk Yanti seperti pengorbanan Yanti...?". Kata Yanti.
Soalan itu membuatkan Man terpaku. Dulu sudah beberapa kali Yanti ajukan soalan itu tapi jawapan Man tidak meyakinkan. Yanti kemudian cerita pada Man yang dia diarahkan bertukar ke Kuala Lumpur, beberapa hari lagi. Man bersimpati dan bersedih dengan perkembangan terbaru episod cinta mereka.
......BERSAMBUNG KE EPISOD 14
http://kadikluang.blogspot.com/2010/06/sudah-nasibku-mat-burger-episod-14.html (Episod 14)
cerita yang penuh isi dan pengajaran
BalasPadamShah