Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Mei 2010

Lelaki 71 Tahun ditahan Berjudi Nombor Ekor

Lima orang lelaki berumur di antara 36 hingga 71 tahun ditahan di kedai judi nombor ekor sekitar Kluang semalam. Salah seorang yang ditangkap adalah seorang kakitangan kerajaan di Kluang. Manakala lelaki seorang usia emas turut ditahan. Operasi dijalankan oleh sepasukan penguatkuasa dari ibupejabat JAIJ Johor Bahru diketuai Ustaz Burhanudin bin Tibek, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAIJ.

Serbuan dijalankan secara senyap dan kaki judi tidak mengetahui kehadiran penguatkuasa yang datang dari luar daerah Kluang. Saya akan pastikan kaki-kaki judi di Kluang meninggalkan terus kerja yang sia-sia ini. Tindakan tegas menanti orang-orang yang masih berdegil dan bergelumang dalam najis judi ini.

Orang yang berjudi atau berada di dalam kedai judi boleh didakwa di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang boleh membawa hukuman denda RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat.

1 ulasan:

  1. main judi ni untungkan taukeh aje,pembeli semuanya ditipu bulat2.Baik duit tu beli beras atau susu anak2.yg dah tua tu cuba kumpul buat pergi nunaikan haji,lagi baik.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.