11 Mei 2010
Anak Tak Tahu Mak Ayah dah Meninggal Dunia
JOHOR BAHRU: “Pak cik, ibu mana? Ibu kat mana sekarang, Tan rindukan ibu,” itu kata-kata sering diajukan Nazrul Haikal Azhar atau nama panggilannya, Tan, 6, selepas menerima rawatan akibat kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa dan adiknya, kandungan berusia lapan bulan di Kilometer 81.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, kira-kira 1.5 kilometer dari Felcra Sungai Ara, dekat Kota Tinggi, Jumaat lalu.
Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah nenek, mak cik dan sepupunya ketika Proton Wira yang mereka naiki bertembung sebuah Mercedes Benz sebelum berpusing beberapa kali dan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter di kawasan berhampiran. Tidak sampai hati melihat anak saudaranya terlalu sedih, bapa saudara kanak-kanak berkenaan, Ismail Norzaini, 16, hanya menjawab emaknya ada di hospital lain sebab menjaga adik baru.
“Kami tak sampai hati dan buntu bagaimana mahu memberitahu kepada Tan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Hingga kini perkara itu masih dirahsiakan kerana risau akan mengganggu emosinya kerana dia manja dengan arwah ibunya. “Alasan yang boleh kami berikan ketika dia bertanyakan orang kesayangannya itu ialah ibunya masuk hospital jauh kerana terpaksa jaga adik ‘perempuan’ yang baru lahir dan akan datang melawatnya.
“Dia juga gembira kerana menyangka akan bertemu adik perempuan yang baru lahir. Setiap kali bertanyakan hal itu saya hampir menitiskan air mata dan menguatkan semangat kerana sedih dengan nasibnya,” katanya.
Menceritakan semula kemalangan berkenaan, kanak-kanak itu berkata, dia melihat kenderaan dipandu bapanya dilanggar sebuah kenderaan dari arah bertentangan. “Ini kereta ‘Tan’, kereta pak cik tu ada kat depan, kereta Tan nak elak, tapi kereta pak cik tu langgar kereta Tan, kami pun terbalik,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, petang semalam. Akibat kejadian itu, Ismail berkata, tulang lutut anak saudaranya patah dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan besi secepat mungkin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sedih...pilu...alfatihah buat yg pergi terdahulu
BalasPadam