Dalam bab kawin dua ni pulak, ada orang kata suami dia yang kawin dah kena bomoh dan macam lagi. Orang kata, lelaki yang kawin lebih ni, kuat nafsulah, apalah. Perempuan pulak kena tuduh perampas suami orang, sedangkan dia bukan rampas bawak lari pun.
18 Julai 2013
Pelakon Mohd Ashraf Muslim Nikah Poligami di Thailand, Komen Saya
Hari ini beberapa akhbar memuatkan berita yang jadi sensasi atau disensasikan oleh akhbar itu sendiri iaitu seorang pelakon yang meningkat namanya dalam lakonan bernikah lagi satu. Terus terang saya cakap, saya tak kenal siapa dia Mohd Ashraf Muslim ini sebab saya kira jarang juga tengok tv. Saya pun tak tahu dia juga ada pegang title pendakwah, mungkin dia berdakwah dalam tv atau orang jemput dia berceramah kat mana-mana. Semalam juga ada seorang tu kata dia pernah berubat dengan Ustaz Mohd Asraf ini secara perubatan Islam. Kira percayalah yang Mohd Asraf ini seorang pengamal perubatan Islam.
Saya bukan hendak komen lebih-lebih pernikahan kali kedua Mohd Asraf umur 32 tahun dengan Wan Sakinah bt Ahmad Saburi 29 tahun sedangkan dia sudah ada isteri Dayana bt Lokman 26 tahun. Segalanya adalah ketentuan dan suratan takdir. Kita mesti ingat, kehendak Allah, kita tidak dapat merubahnya.
Pendangan Orang Kita
Memang sudah dijangka sikap orang kita mengenai poligami ini, banyak saja cerita yang negatifnya. Media pula berlumba-lumba mengejar berita kerana berita ini pasti jadi hangat. Bukan saya nak salahkah media tetapi itulah media yang baik untuk mendapat tarikan pembaca dan penonton.
Orang kita kalau bab ini, memang ramai orang pandang serong. Entah, malaslah saya nak komen panjang-panjang bab poligami ni. Nanti ada saja orang kata saya menyebelah kepada sesiapa. Dalam bab kawin ni, memang orang kita suka mengata dan menjadi pemberita sambilan atau ahli mesyuarat tingkap kipas lipas.
Kawin Lambat atau Cepat
Kalau perempuan kawin lambat, orang kita kata, memilih sangat. Kalau perempuan kawin cepat, orang kata gatal pulak nak berlaki. Kalau lelaki kawin cepat, katanya tak sabar-sabar nak berbini. Kalau kawin lambat, orang kata lelaki ini tak bernafsu pulak, macam-macam.
Pasangan Tua
Kalau pasangan itu perempuan muda, lelaki tua sangat, orang kita kata nak bolot harta si lelaki tua tu. Kalau lelaki muda, perempuan tua, orang kata perempuan tu kena sihir pulak. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita.
Dalam bab kawin dua ni pulak, ada orang kata suami dia yang kawin dah kena bomoh dan macam lagi. Orang kata, lelaki yang kawin lebih ni, kuat nafsulah, apalah. Perempuan pulak kena tuduh perampas suami orang, sedangkan dia bukan rampas bawak lari pun.
Dalam bab kawin dua ni pulak, ada orang kata suami dia yang kawin dah kena bomoh dan macam lagi. Orang kata, lelaki yang kawin lebih ni, kuat nafsulah, apalah. Perempuan pulak kena tuduh perampas suami orang, sedangkan dia bukan rampas bawak lari pun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sapa ubat sapa ni ustaz :-)
BalasPadamSaya pun tak boleh komen banyak2 sebab 1-2 perkara kena kat batang hidung sediri. Kalau komen jugak ibarat meludah kelangit pulak!
BalasPadamSusah juga bila rumahtangga kita ni ibu bapa dari pihak isteri dan pihak suami yang nak masuk campur. Sy rasa Dayana sbg isteri dh cukup bagus apabila masih lg taat dan duduk di rumah kelamin mereka wlaupun famili Dayana ajak dia berpindah keluar. Mungkin kerana masalah zuriat, tapi sy tak fhm kenapa masyarakat Malaysia tak boleh nak terima poligami. Asal mampu... Yelah, mana ada ppuan nak berkongsi suami, tapi hukum Allah tu jgn pulak disendakan melalui tindakan Ashraf Muslim berkahwin lagi sekali. AllahuAlam.
BalasPadamsetuju dgn JunAina18
BalasPadamSaya pun tak boleh nak komen banyak2 sebab 5-6 perkara kena kat batang hidung sediri.
Kalau komen jugak ibarat meludah kelangit pulak!
Dah ada suami tu, jagalah suami dgn baik. Makan minum dia, tempat tidur, perhatian, perasaan dan lain-lain. Ni kalau suami dah cari perempuan lain, mulalah nak salahkan suami atau salahkan perempuan yang rampas suami dia tu. Fikir-fikirkanlah... maaf, ini tiada kena mengena dengan kisah orang yg hidup atau yg dah mati yer.. Nasi dah jadi buburrrr.
BalasPadamSalam Ustaz. Dlm kes kawin dua, orang selalu cakap itu takdir. Memang betul jodoh itu ketentuan Allah. Tapi mcm mane pula kalo terjun bangunan bunuh diri. Adakah kita akan cakap "kenapalah dia bunuh diri" atau kita akan cakap "itu takdir dia, dah ajal dia mcm tu"? Ikut logik akal, selalunya kalo terjun bangunan 20 tingkat, selalunya akan mati. Tapi kalo belum sampai ajalnya, terjun 120 tingkat pun xkan mati. Bila terjun bangunan salahkan orang yang terjun, tapi bila kawin poligami bagi alasan takdir pula. Mcm mana tu Ustaz? Saya bukan anti poligami, tapi selalu sangat orang guna alasan "dah jodoh", sedangkan mereka sendiri yang bermain api. Kalau kita analogikan dgn terjun bangunan, maka bolehkah kita kata "dah ajal", sedangkan dia sendiri yang memilih untuk terjun?
BalasPadamKalau sengaja terjun, itu bukan takdir tu, menyalahi takdir tu. Tapi kalau bagi isteri, suami dah kawin, terimalah itu suratan takdir. Dengan itu kita dapat ketenangan.Betul ker tidak ustaz Khalil?
PadamYang baik datang dari Allah..yang buruk dari kita sendiri.
PadamDua perkara yg tidak boleh diubah adalah ajal dan jodoh. Sebab itu saya anologikan dengan bunuh diri. Mcm contoh, kalau sakit mkn ubat. Tp bolehkan kita ckp kalau dh sampai ajal mati juga, maka tak perlu mkn ubat? Tidak, kerana kita tdk tahu bila kita akan mati, sbb itu kena usaha berubat. Sebelum kahwin adakah dia tahu itu jodoh dia? Tidak, maka bolehlah dia berusaha supaya tidak kahwin, jika itu yg dimahukannya. Kalau dia sudah berusaha tp tiba2 bangun tidur sudah dikahwinkan maka itulah takdirnya. Jika dia memilih sendiri untuk kahwin, maka itulah pilihannya. Sama juga dgn orang yg bunuh diri. Bukan sbb takdirnya dia akan dihukum diakhirat kelak, tetapi kerana dia sendiri yg memilih untuk terjun. Allah memberi kita pilihan untuk terjun atau tidak, begitu juga pilihan untuk kahwin atau tidak, mengapa kita masih salahkan takdir? Maaf jika tersilap.
PadamPerkara dah berlaku, apa yg penting masing2 kena hadapinya, suka atau tidak. Suami kena berlaku adil. Paling perempuan tidak suka bila suami berbohong, alasan nak jaga hati. Saya bercakap dr pengalaman sendiri.
BalasPadamsaya pun isteri ke2 juga...tapi ape yg berlaku semua ada hikmahnye...wlupun pahit utk ditelan....masing2 ada kekurangan n ada kelebihan....
BalasPadamAlhamdulillah, suka sgt sy dgn berita ini, knp nk dsensasikan? Sh Khasif jdik isteri k2 tak berani pulak media nak sensasikan.rasullullah sebaik2 contoh, akhlak ashraf muslim tak spt yg bergelar artis lain yg keluar masuk serenti tp msih dsayangi. Kedua2 isteri mnutup aurat tidak spt artis ppuan yg terdedah melampau tp terus dipuja2 dmedia? Mrk bernikah ikut prosedur cukup syarat, so apa masalahnya?????
BalasPadammanusia sekarang ni pelik..yang haram buat tak reti...yang halal pulak dicerca dikata...
PadamPoligami tidak salah tetapi yang salah bila pasangan tidak jujur dan menipu.
BalasPadammacam mana analogikan bunuh diri sedang itu perkara haram..sedangkan poligami perkara halal yang dibenarkan syarak..mungkin cara asraf tak kena..tapi bukan bermakna kita punya hak untuk menidakkan perkara halal..
BalasPadamSaya awal2 sudah kata saya tidak menentang poligami, jauh sekali mengharamkan yg halal. Saya tak pernah kata bunuh diri ini halal dan poligami ini haram. Cume lebih baik mengaku "Saya kawin kerana cintakan rupanya, atau hartanya, atau akhlaknya dll", daripada bagi alasan basi kononnya sudah takdir. Tak payah nak berselindung itu ini itu ini. Siapa yang pergi ke Thailand utk menikah? Adakah dia dipaksa atau itu pilihannya sendiri? Siapa yang salam tgn tok kadi untuk akad? Atau dia dipaksa atau sedar-sedar secara haibatnya sudah terucap akad? Jadi tolonglah jujur dan dengan beraninya berkata, "Saya kawin kerana saya sukakan dia dan itu pilihan saya". Bukan saya tak suka poligami, sbb sebagai seorang lelaki, saya beruntung kerana boleh kahwin ramai, cuma yg saya tak suka apabila orang lebih suka salahkan takdir. Sebagai hamba Allah kita boleh memilih. Nak kawin atau tak, dua 2 dibenarkan syarak. Jgnlah jadi lelaki pengecut sedangkan hati sendiri yg mau, mata sendiri yg memilih, kaki sendiri yg bergerak, mulut sendiri yg akad, tetapi akhirnya salahkan takdir. Kan senang kalo kata, "YA SAYA SGT CINTAKAN DIA". Habis cerita.
BalasPadam