19 Julai 2013
Niaga Paling Untung Bulan Ramadhan, Cara Menipu
Sekarang ramai orang minta derma atau sedekah bersempena bulan Ramadhan yang berkat ini. Tapi tahukah kita, wang itu sebenarnya untuk ke mana? Tak tahu kan. Yang pasti, orang kita memang orang yang pemurah dan cepat simpati apabila tengok orang minta derma. Derma ini pelbagai, tetapi yang paling laris adalah dengan menjaja nama kebajikan Islam contohnya untuk membina Masjid, surau, sekolah tahfiz dan anak yatim.
Di Kluang, saya istihar perang habis-habisan kepada peminta sedekah tanpa kebebaran ini. Bukan apa, nak selamatkan duit orang kita juga. Biarlah sedekah kita sampai kepada matlamatnya. Beberapa hari sebelum puasa, seorang lelaki 50-an, status duda, dari Malaysia Timur ditangkap ketiga sedang memungut derma di Pasar Malam Stadium Kluang. Apabila dibawa ke pejabat, rupanya dialah orang yang sama yang ditangkap tahun 2010 di hadapan sebuah bank sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.
Kes beliau dituduh di mahkamah atas dua pertuduhan iaitu tarikh dan lokasi berbeza. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM 2,000 bagi kesalahan pertama dan jaminan wang tunai RM 3,000 bagi kes kedua. Lelaki ini gagal membayar wang RM 5,000 dan terpaksa menjalani hukuman penjara di Penjara Kluang. Maknanya lelaki ini masih berada dalam penjara, menjalani bulan Ramadhan bersama banduan lain. Juga akan berhari raya juga nanti.
Tiada Kebenaran
Bukan tak boleh hendak kutip derma tetapi kenalah dapatkan kebenaran Jabatan Agama. Kalau betul nak kutip derma dengan niat dan tujuan baik membangunkan Islam, Jabatan Agama tiada masalah untuk beri kebenaran. Di daerah Kluang saja, banyak juga permohonan yang diluluskan seperti Pertubuhan Anak Yatim Islam Kluang, derma pembinaan masjid/ surau dan lain-lain. Sebelum luluskan, bukan main lulus saja tetapi dipastikan dahulu kesahihan derma tersebut. Kalau dah lulus pun, ada prosedur yang perlu diikuti untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Tipu Surat Kebenaran
Beberapa kes dikesan di Kluang tahun ini adalah menggunakan surat kebenaran palsu kononnya dikeluarkan oleh Jabatan Agama. Sebenarnya surat itu palsu dan dilakukan oleh beberapa orang warganegera Pakistan. Mereka ini pergi ke beberapa masjid secara bergilir dan menunjukkan surat palsu ini. Sudah ada beberapa masjid yang mereka kunjungi dan kegiatan mereka cukup licik. Untuk pengetahuan semua, sekiranya mempunyai maklumat tentang kegiatan ini, sila buat aduan segera kepada Pejabat Kadi Kluang. Tangkapan akan dibuat.
Bazar Taman Intan
Dua hari lepas, seorang lelaki warga Pakistan ditangkap sewaktu memungut derma di Bazar Ramadhan jam 4.00 petang. Seorang lagi lelaki yang bersamanya sempat melarikan diri. Faham-fahamlah, bulan puasa ni, penguatkuasa nak kejar dan lari kuat-kuat tak larat, hehehe. Lelaki ini ditahan di lokap Balai Polis Kluang semalaman, kemudiannya dibebaskan dengan bon bernilai 3,000 oleh penguatkuasa sebelum tindakan lanjut diambil.
Pesanan Pegawai Daerah Kluang
Malam tadi, saya bersama Pegawai Daerah Kluang, Haji Abdul Karim bin Abu Bakar di Masjid Taman Sri Lambak, Kluang. Selepas solat tarawih, Pegawai Daerah beri sedikit ucapan. Antaranya Pegawai Daerah pesan supaya berhati-hati dengan sendiket pungut derma tanpa kebenaran ini. Menceritakan pengalamannya sewaktu menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Agama dahulu, ada orang datang kepadanya untuk memungut derma. Apabila diminta surat kebenaran, lelaki itu menunjukkan surat kebenaran yang kononnya ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Agama. Tetapi sebagai Timbalan Pengarah, beliau tahu, itu bukanlah tandatangan Pengarah yang sebenarnya kerana beliau cukup kenal dengan tandatangan Pengarah. Memang jelas itu penipuan terutama teknologi sekarang, boleh buat surat apa saja kalau mahu.
Bazar Ramadhan
Semasa ucapan Pegawai Daerah malam tadi dalam jam 10.00 malam, saya terima aduan kegiatan derma ini. Maka malam tadi, ditangkap dua orang lelaki Melayu dari negeri Pantai Timur. Ditangkap di bazar Ramadhan dekat yang jual baju tu. Katanya derma untuk sekolah anak yatim di sebuah negeri di utara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
http://tengkubutang.blogspot.com/
BalasPadamSalam kenalan..
Dh follow sini.. no. 1365
Follow teman lik yea.. btw blog ni sgt bagus, byk info .. teman sukaa
Pemurahnya rakyat Malaysia, setiap hari pemungut derma mampu mengutip sehingga ribuan ringgit walaupun hakikatnya ada yang merupakan sindiket. Lebih banyak gaji mereka daripada gaji kita. Pada pandangan saya, lebih baik kita dermakan wang kita di jalan yang betul...di masjid, di rumah kebajikan atau di sekolah. Kan lebih bagus...
BalasPadamsaya sering kali lihat ada orang minta derma di pasar mlm,bazar,malah depan masjid selepas solat jumaat pun saya ada jumpa di sekitar kluang..blum lagi yg pungut derma dikedai2 makan,depan bank dan lain2...kadang2 kesian gak,ade saya bagi...tetapi setelah saya ade terdengar yang pihak arkam juga bergerak mengumpul dana dengan cara ini,saya jadi takut.saya tak nak jadi penyumbang pergerakkan mereka..mcm2 nama die org pakai..tabung anak yatim la,bina rumah anak yatim la,nurkasih la.pernah org yg sama saya jumpa berada di bazar ramadhan batu pahat untuk perkara yang sama...sebenarnya betol ke tidak peminta derma ni?harap dapat jawapan dari tuan...tq
BalasPadamSalam bro...aku bru jer derma kat mamat arab mana tah dtg,aku dh lupa lak...dia ckp minta derma utk madrasah aku pun hulurkan 5 hengget..sbb xfahm dia punya bahasa,rasa was2 pun ada ,kalau ini kes mana nk repot bro...aku dri melaka'
BalasPadam