Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Julai 2013

Bercerai Kerana Lelaki Kaki Nombor Ekor

Hari ini saya menerima beberapa surat pengesahan cerai dari Mahkamah Syariah. Lebih kurang 10 kes yang dibicarakan, kebanyakannya pasangan berusia muda. Umur paling tinggi 38 tahun, paling rendah 21 tahun yang saya nampak dalam surat tu. Saya tertarik dengan satu kes perceraian yang sudah disahkan oleh mahkamah iaitu perceraian secara taklik yang Hakim mengesahkan jatuh talak satu.

Kaki Caii Nombor

Lelaki ini umur akhir awal 30-an kerja swasta dikatakan selalu berbalah dengan isterinya lewat 20-an, tidak bekerja. Punca pertengkaran dikatakan kerana sikap si suami yang selalu beli nombor ekor sehingga mengabaikan nafkah anak dan isteri. Dikatakan si suami sudah ketagih main nombor ekor ini sejak belum berkahwin lagi, sehinggalah dikurniakan 2 orang anak. Setiap kali isteri menegur, akan jadi pertengkaran yang dahsyat, sehinggalah  satu hari itu keluar perkataan dari mulut suami iaitu,

"Kalau awak jumpa slip nombor ekor dalam rumah ini, jatuh talak". Kata suami dalam keadaan marah dan mengugut isterinya supaya jangan menegurnya lagi.

Tak berapa lama lepas itu, si isteri menyelongkar dalam almari baju dan menemui beberapa helai slip nombor ekor. Sebenarnya memang si isteri dah tahu tempat suami simpan nombor itu. Si isteri kemudian mengadu kes ini kepada bapanya dan bapanya mencadangkan supaya diadukan kes ini ke pejabat agama dan mahkamah syariah. Hakim akhirnya mengesahkan jatuh talak satu.

4 ulasan:

  1. pesan mak ayah masa mula2 nak kawen dulu
    jangan main2 dgn cerai, jangan bawak bergurau pun

    suami tu konon nak ugt supaya bini tak syak dia main nombor lagi.dia igt dia selamat la bila ugut mcm tu.sekali terkena sumpahan.

    BalasPadam
  2. penyudah cerita..
    suami cari bini baru..
    isteri cari suami baru.. ;)

    BalasPadam
  3. Kalau mmg dah Kaki Ekor mmg susah nak berubah...

    BalasPadam
  4. Betol.org main no ekor ni susah nk brubh.sbb mungkin die x solat

    BalasPadam

Dipersilakan komen.