Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Julai 2013

Tak Baik Menipu Pembeli, Naikkan Harga Hujung Ramadhan


Tadi saya ke sebuah Bazar Ramadhan dan beli beberapa makanan. Yang terakhir sekali, saya berhenti di sebuah gerai jual sejenis makanan ni. Saya sebelum ini sudah 3-4 kali juga beli benda yang sama di gerai itu dengan harga RM 2.  Tapi kali ini, selepas makanan itu dibungkus, dia kata harganya RM 3. Saya cakap pada lelaki lingkungan umur 20-an atau 30-an ini. Tiada tanda harga diletakkan, dulu ada harga RM2 dipamerkan.

"Dik... Sebelum ini dah banyak kali saya beli  harga 2 ringgit, kenapa hari ni 3 ringgit?" Tanya saya spontan. Sambil tu saya hulurkan duit RM 3 pada dia. Yer ler, jangan nanti dia kata saya berkira sangat dengan harga RM1 perbezaan itu.

"Tak abang, itu tempat lain. Yang ini memang harga 3 ringgit" Kata lelaki itu.

"Dik...Saya dah banyak kali juga beli kat sini, tapi harganya 2 ringgit kan". Kata saya dan lelaki itu tersipu-sipu. Nampak dia macam malu dan tak terkata apa.

"Okeylah dik, terima kasih yer" Kata saya. Terus saya jalan selepas beli.

Dengar Perbualan

Saya ke kedai sebelah sana dan tak lama lepas tu saya patah balik lalu depan gerai tadi. Saya dengar perbualan lelaki ini dengan wanita berumur, mungkin emak dia.

"Kenapa orang tadi kata harga macam ni?" Tanya mak dia.

"Tak mak... ini lain. Ini saiz sama tapi letak  (XYZ) lebih". Kata lelaki itu.

Saya dengar saja dah tak menoleh pun. Dalam hati saya, memang sengaja dia naikkan harga bila dah hujung ramadhan ni. Harap lepas ini peniaga terutama untuk orang berbuka ini, terbuka hati dia. Berniaga ini satu ibadat, nak bantu orang, bukan nak menipu dan nak untung saja. Tengoklah nanti, walaupun mereka dapat banyak duit, tapi lihatlah nanti di mana keberkatannya harta yang diperolehi. Dah banyak cerita pasal orang yang dapat duit yang tak berkat yang kesudahannya tidak ke mana juga duit itu.

Jangan Terlepas Pandang

Saya lihat semakin hujung ramadhan, penguatkuasaan dari pihak berkuasa makin longgar. Minta maaf, bukan saya nak salahkan atau perkecilkan pihak berkuasa kita. Tapi mungkin mereka banyak keutamaan tugas, bersimpati dengan peniaga atau terlepas pandang. Soal tanda harga memang disyaratkan di dalam lesen berniaga di bazar, tapi nampaknya semakin banyak gerai yang tak ada tanda harga. Kalau ada pun, bukan keseluruhan makanan ada harga, sebahagiannya saja. Contohnya jual 8 jenis makanan, yang ada harga cuma 2 makanan saja. Pada saya, walaupun dah penghujung ramadhan, penguatkuasaan perlulah berjalan terus.

Teguran saya ikhlas bukan nak salahkan pihak lain. Bukan semua peniaga bazar ramadhan yang sebegini, malah kebanyakan mereka berniaga dengan ikhlas. Tapi oleh kerana seorang dua buat hal begini, maka boleh memberi gambaran yang tidak baik kepada peniaga lain.

Peraturan yang ditetapkan adalah untuk melindungi pembeli, tetapi ramai lagi pembeli yang berpendapatan rendah dan ala kadar saja turut terpedaya. Dalam kes tadi, kalaulah diletakkan harga RM 3 pada makanan itu, sudah tentu saya pergi ke gerai lain yang harganya lebih murah atau lebih berkualiti lagi. Berapa ramai yang terkena ?

Servis Kereta

Seorang kawan saya tadi servis kereta iaitu tukar minyak hitam dan oil filter. Minyak dan oil filter dia bawa sendiri. Bayaran yang dikenakan adalah RM 30. Sepatutnya kalau saya, harganya RM 10 atau paling mahal pun RM 15 sahaja. Seorang lagi kawan saya ganti minyak gear dan plak, kena upah RM 45. Harga yang sepatutnya hari biasa adalah sekitar RM 30, itupun ada kedai yang kasi harga lebih murah lagi.

Jadi peniaga suka letak harga lebih tinggi kerana nak untung lebih. Kebanyakan kereta kena servis untuk jalan jauh balik Raya nanti. Jadi, pada pemilik kereta, saya ingatkan, tanya dulu upahnya berapa, jangan main buat saja. Kalau rasa mahal, pergilah kedai lain, beri pengajaran pada peniaga macam ni.


4 ulasan:

  1. pengalaman sendiri ni ustaz...

    akhir2 zaman ni..
    bukanya peniaga takut kat pelanggan..
    takut xde pelanggan...
    tp la ni sebaliknya..
    pelanggan pulak yang takut kat peniaga..
    takut peniaga nak jual kat pelanggan lain !!

    BalasPadam
  2. Saya pandai bawak kereta jer..nak servis semua tak tau pun...yang tau start, masuk gear, jalan...vvrooommmmm. Sebab tu kalau org lain tukar mentol lampu baru beberapa ringgit saya dah kena berpuluh-puluh ringgit..

    BalasPadam
  3. Sy nak komen psl servis kete tu. Amalan org kite ni suke keje last minit. Dkt2 nak raye baru sibuk nak servis kete. Mmmg kene sembelih la. Cuba servis sebulan atau 2 bulan awal.

    Bengkel x sibuk dan hasil kerja pun memuaskan. Klu hantar time skrg time kete bnyk - mesti keje cincai boncai je bengkel bwt.

    BalasPadam
  4. peniaga dlu & peniaga skrg ni jauh beza.klu dlu2..peniaga murah hati bg lebih, tak berkira..skrg ni kira betul2..klu 5 ketul 5 ketul lah wp lg 15minit nak azan maghrib..
    & org skrg ni ramai terkejarkan duit bila bulan posa.,,bukan kejarkan amal,,

    BalasPadam

Dipersilakan komen.