Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Julai 2013

Bual Bicara Ramadhan dan Nuzul Quran di INTAN KLUANG

Saya baru pulang dari menyampaikan ceramah atau bual bicara di IKWAS atau INTAN KLUANG kepada peserta Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) seluruh negara yang sedang berkursus beberapa bulan di sini. Iaitu yang dipanggil Kursus DPA 1/2013 siri 44 (IKWAS). Yang menariknya, penceramah pakai baju batik sebab tak tahu peserta pakai baju Melayu.....hehe.

Program bermula jam 10.00 malam hingga jam 11.45 malam dipenuhi dengan soaljawab moderator dan peserta. Antara soalan berkisar dengan tajuk kebesaran Al-Quran sebagai mukjizat agung kepada seluruh manusia. Dalam pada itu, ada juga soalan dari peserta lelaki yang tanya pasal 'poligami' yang saya jawab secara terperinci. Panas juga soalan dan jawapan mengenai poligami ni yer..... hehe. Banyak juga isu yang disentuh tetapi masa agak terhad nampaknya.

Tahniah atas penganjuran seperti ini yang dikendalikan oleh peserta-peserta kursus sendiri. Pertengahan bualbicara, diselitkan dengan puisi yang menusuk kalbu, yang disampaikan oleh seorang perserta. Juga diucapkan selamat berkursus kepada semua peserta, semoga mendapat kejayaan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

2 ulasan:

  1. Salam...terima kasih ustaz atas perkongsian ilmu dan pengalaman tadi :-)

    BalasPadam
  2. Dapat saya gambarkan betapa bestnya mereka dengar ceramah ustaz yer. Ustaz.. saya nak tempah ustaz ceramah maulidurrasul tahun depan yer di tempat saya Muar. Nanti saya telefon pejabat.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.