Ada seorang tanya saya soalan mengenai pelaburan. Dia seorang kakitangan kerajaan buat pinjaman peribadi 100,000 selama 15 tahun dengan bayaran bulanan lebih kurang 950.00. Lepas dia buat pinjaman, dia macam sayang nak guna duit tu. Dia Tanya saya di mana sepatutnya dia nak melabur, sama ada ASB, Tabung Haji, beli rumah, tanah atau sebagainya.
Jawapan Saya:
Sebenarnya, yang betulnya adalah tak perlu buat pinjaman peribadi. Dapat gaji tiap bulan penuh lagi baik. Ini pergi pinjam nak buat apa, bukan ada perancangan nak beli apa pun. Mungkin dia rasa pinjaman peribadi dia dalam 4 peratus dan dia anggap keuntungan menyimpan dalam ASB melebihi 8 peratus, dia kata untung. Sebenarnya dia tak tahu, 4 peratus itu dikira dari jumlah asal pinjaman atau baki? Dia pun tak tahu, sebab yang dia tahu, bank kata 4 peratus itu murah.
Apabila kita meminjam dalam personal loan, bank mendapat keuntungan yang besar. Selepas itu kita nak melabur sedangkan pelaburan kita itu belum ada kepastian sama ada untung atau tidak. Okey, kalau kata menyimpan atau melabur dalam ASB itu untung, tapi kita kena kira untung kita berapa dan adakah untung juga selepas kita tolak bayaran pinjaman kita itu. Dalam hal ini, orang kita ramai yang terlepas pandang.
Elakkan Meminjam Untuk Melabur
Kita tak perlu meminjam untuk melabur dan ayat yang mudah orang faham adalah, tak ada duit, tak payah nak melabur. Orang yang melabur kat mana-mana, tak kira Bursa Saham, Saham Amanah dan lain-lain sebab orang itu ada duit sendiri. Begitu juga, janganlah melabur guna duit keperluan kita. Nanti bila kita nak guna duit itu, pelaburan kita belum sampai matlamat kita, kita juga yang susah.
Menjawab soalan tadi, yang pergi susah-susah meminjam tu buat apa. Tak payah pinjam kan senang. Baru-baru ini, bank dilarang mengenakan pinjaman peribadi melebihi 10 tahun, itu saya sokong sangat. Saya nampak selama ini bank untung banyak tanpa bank nak kaji bagaimana akan jadi kepada peminjam itu. Banyak bank sebelum ini kasi sehingga 20 tahun dan ada juga yang beri 25 tahun. Maknanya ada orang meminjam sampai pencen atau dah dekat nak pencen. Sedangkan duit yang dia orang dapat tu habis dalam tempoh setahun lebih saja. Maka duit yang tak habis dan tak tahu nak beli apa, mulalah tanya nak buat apa. Ramai juga yang kerjanya dah malas sebab gaji kurang sebab gaji kena potong sampai pencen.
Jawapan kedua saya nak kasi ialah, kalau dah ada duit baki pinjaman peribadi kita, daripada kita habiskan, eloklah simpan kat ASB atau Tabung Haji. Pertama sebab daripada dia menghabiskan duit beli benda tak tentu arah, elok juga dia simpan. Kedua, dapat juga keuntungan pelaburan beli kat situ.
Soalan lain, mengenai personal loan dia nak beli hartanah seperti rumah, saya nak jawab juga. Harga rumah sekarang bukan murah macam 3-4 tahun dulu. Saya bimbang, dengan duit tunai yang dia pegang sekarang, dia cuma boleh bayar duit muka sahaja. Jadi kalau nak beli rumah, dia kena buat pinjaman perumahan pula yang bayarannya juga tinggi. Kalau begitu, dia akan dibebankan dengan pinjaman peribadi yang berjumlah 950 itu dan satu lagi pinjaman yang lebih kurang macam itu juga. Pasti membebankan.
Elok sangat kalau dia nak beli rumah, dari awal jangan buat personal loan. Beli rumah dulu dan buat pinjaman perumahan dari bank. Lepas itu, kalau kena duit muka contohnya dalam 18,000, maka kalau nak buat personal loan, buatlah dalam 20,000 personal loan. Maknanya buat personal loan kemudian selepas kita nampak apa keperluan kita.
ustaz ni macam2 le tahu
BalasPadamsalam ustaz...saya nak tanya..dlm petikan di atas,ustaz ada sebut pasal 'kalau dah ada duit baki pinjaman peribadi kita, daripada kita habiskan, eloklah simpan kat ASB atau Tabung Haji.'..maknanya,kita dibolehkan menyimpan dalam asb la ye?
BalasPadamYer le.. Kalau dah ada duit baki dari pinjaman, elok le simpan dari dihabiskan tak tentu hala. Simpan le kat ASB atau Tabung Haji.
PadamKadang2 kita ni entah apa yg di kejar. Buat personal loan tapi tak tahu nak buat apa dengan duit itu pelik.
BalasPadamUstaz.... apa hukum menyimpan atau melabur dalam ASB ?
BalasPadamMengikut Majlis Fatwa Kebangsaan, hukumnya harus. Sila rujuk Majlis Fatwa Kebangsaan melalui google.
BalasPadamKalau tak der apa-apa keperluan, buat apa nak buat pinjaman peribadi, kan lebih berkat guna duit gaji sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu bank yang suka cari customer untuk buat pinjaman peribadi, insuran, dan kad kredit. Akibatnya beban kepada diri sendiri. Skrg ni, semakin ramai golongan muda muflis disebabkan hutang.
BalasPadamPelik dgn org yg suka buat loan tp tak de perancangan. Patutnya planning dulu baru pinjam. Itupun kalu perlu pinjam.
BalasPadamorang islam di galakan menyimpan DINAR DAN DIRHAM pada masa skrg kerana kejatuhan WANG FIAT semakin terasa...
BalasPadamSALAM..
BalasPadamorang bukan suka buat loan, tapi terpakse , sebab nak dapat kan modal yang besa, baru la untung besa, hehehe...
kalau dapat loan, tak tahu nak buat ape, carik kursus hartana . dekat tempat kursus tu rapat-rapat kan diri dgn orang yang dah berjaya. kan senang kalau ade guru. modal nak pergi kursus Rm 70 ke 100 je.
tak rugi pun.
kalau nak buat loan gak buat mcm ni.. carik rumah yang dekat dgn kemudahan awam. contoh LRT.. lepas tu taye tuan rumah mintak kurang 10%.. senang je nak mintak kurang.. sebab bukan senang nak jual rumah... carik kat google lagi senang.. tak payah mintak diye dah kurang kan 7% ke 15%..
dah dapat rumah tu . baru la buat loan. kan kite dah mintak kurang 10%.
10% tu baya duit muka rumah tu.. kalau dapat rumah dekat dgn kemudahan awam , senang nak carik orang untuk sewe..
pakcik saya ade buat.. orang yang sewe tu duduk sampai sekarang sebab senang nak pergi kerja. dekat dgn LRT.
Baya rumah Rm370
orang sewe 550
pakcik saya dapat 180
sekarang rumah dah habis baya. diye dapat . rm700 sebulan..
diye ade 3 ke 4 rumah.
pakcik saya bayak ajar saye.. ade orang taye saye kenape tak buat ko kan tahu.. jawapan saye.. bulan 12 ni baru masuk 21... hehe. baru la boleh buat LOAN.. hehehehe..
yang penting tak paya takot , takot pade yang satu TUHAN.. belaja dari kegalan. itu la GURU yang paling Power.. simpan duit tak kaye pun. simpan harta baru kaya. duit boleh naik turung .. harta naik naki naki.. tak tahu bile nak turun... hehehe..
kate pakcik saya kepade saya :)
ade mase kite borak2 lagi. nak cepat ni.. saya doa kan kejayanan semua.. :)
Setuju...,sebab dah ada rm100,000 cari dan beli rumah dekat2 area LRT ,kalau harga rumah 200,000 bayar 100,000 dan loan 100,000,dah beli cari penyewa,kalau dapat sewa harga boleh cover bayar loan rumah lagi cantekk..,dan kita bayar jer loan peribadi selama 15 tahun,dah habis 15 tahun,kita dah ada rumah nama kita yang orang lain tolong bayarkan..lepas tu pandai2 lah camne nak Rolling balik dgn rumah tu samada nak jual atau refinance ke,tapi apa2 study la dulu dgn hematnya..,cuba dan silap adalah biasa,yg luar biasa langsung xnk cuba tu lagi silap..eheh
BalasPadam