16 Julai 2013
"Siapa Boleh Jamin Allah Tidak Cabut Nyawa Kita Hari Ini"
Sempena Ramadhan ini, saya ingin membawa satu kisah kehidupan. Kekadang kita lupa dengan kesusahan orang lain kerana kita tidak mengalami penderitaan itu. Dengan berbuka puasa kita disajikan dengan makanan yang tak muat meja. Sedangkan kita mungkin terlupa yang ada ramai orang miskin yang tak jauh dari kita, jiran kita atau mungkin hari-hari kita lalu di hadapan rumahnya.
Dalam sebuah kisah Saidina Umar Al-Khattab sewaktu menjadi khalifah kepada orang Islam. Beliau selalu berjalan-jalan untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya termasuk pada waktu malam. Suatu malam, Umar bersama seorang sahabat berjalan-jalan di kawasan perumahan dengan menyamar sebagai rakyat biasa. Umar mendapat laporan yang rakyatnya hidup bahagia dan tidak ada lagi orang susah yang tidak cukup makan. Bagaimanapun, Umar ingin melihat sendiri kehidupan rakyatnya, adakah benar seperti yang dilaporkan kepadanya.
Menangis Tak Cukup Makan
Lalu di sebuah rumah, Umar berhenti kerana mendengar tangisan dua orang kanak-kanak kecil yang meminta makanan dari ibunya. Umar dan sahabatnya meminta izin masuk ke rumah dan dibenarkan untuk melihat apa yang berlaku. Umar melihat seorang ibu sedang memasak makanan begitu lama sehingga anaknya tertidur menanti masakan itu masak. Rupanya ibunya sedang memasak batu untuk memujuk anaknya sehingga anaknya tertidur. Tidak ada makanan di dalam rumah tersebut.
Menyalahkan Khalifah
Wanita itu tidak mengenali Umar yang bertandang ke rumahnya itu. Wanita ini juga menyalahkan Umar sebagai seorang Khalifah yang kononnya hidup senang lenang sedangkan rakyatnya miskin dan tak cukup makan. Sahabat Umar marah kepada perempuan itu tetapi Umar membenarkan wanita itu terus berkata-kata. Umar beristighfar dan sedih kerana ada juga rakyatnya yang hidup miskin sedangkan hasil negaranya banyak. Umar meminta izin untuk pulang ke rumah tanpa menjanjikan apa-apa kepada wanita tersebut.
Dalam hati Umar, dia tidak menyalahkan wanita tersebut tetapi berkecil hati dengan pegawainya yang telah memberikan gambaran yang tidak baik mengenai kehidupan rakyatnya. Umar tidak marah kerana wanita itu menuduhnya sebagai khalifah yang tidak mementingkan rakyat dan hidup bermewah-mewah. Umar faham yang maklumat tentang dirinya tidak tepat kerana Umar tidaklah tinggal di istana mewah seperti yang digambarkan.
Dalam satu kisah lain, berlaku kunjungan hormat perwakilan Raja Parsi, wakil tersebut tidak percaya yang rumah sebegitu adalah Umar Al-Khattab yang namanya begitu hebat di Parsi. Bila dicari di mana Umar berada, Umarlah yang tidur di bawah pohon kurma di sebelah rumahnya kerana rumahnya usang dan panas. Tapi, itulah gambaran sebenar seorang khalifah yang berjiwa rakyat.
Beri Bantuan Segera
Umar segera ke pejabatnya malam itu juga dan mengambil gandum milik Baitulmal. Umar sendiri yang menceduk dan mengangkat gandum tersebut untuk diserahkan kepada wanita tersebut. Bersimpati dengan apa yang Umar lakukan, sahabatnya bertanya.
"Tidakkah boleh diberi bantuan esok hari sahaja". Kata sahabatnya.
Umar memandang ke arah sahabatnya dengan tajam sambil berkata,
"Adakah siapa boleh jamin yang Allah tidak mencabut nyawaku hari ini, sebelum aku dapat memberi bantuan makanan kepada rakyatku".
Umar terus menghantar makanan tersebut malam itu juga. Umar gembira melihat kanak-kanak kecil itu makan dengan kenyangnya kerana sudah beberapa hari tidak makan. Umar juga memberikan wang tunai sumbangan baitulmal serta mengarahkan pegawainya untuk memberi bantuan susulan kepada keluarga ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Semoga kisah ini menjadi tauladan buat kita semua. Bersyukur dengan apa yang ada..
BalasPadamAl Kesah ini sungguh indah buat tatapan semua. Walapun kesah ini pernah kita ketahui dan pelajari, namun disebaliknya adakah insan2 tegar dan segar sanggup sepertimana berlaku adil seperti umar Al Khatab. Wallahua'lam bisawob...
BalasPadamsemoga cerita ni jadi tauladan dan pegangan kepada para pemegang amanah PRU13 . Ustaz boleh ceritakan kisah bina masjid atas tanah bukan islam dengan sebatang tulang unta yang ditanda palang ?
BalasPadam