Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang akan bermula hari ini. Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, bulan yang berkat dan memberi banyak kelebihan kepada umat Islam. Jangan lupa malam ini, kita solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau. Solat tarawih adalah solat sunat yang dituntut dilakukan secara berjemaah. Solat sunat lain yang dituntut dilakukan secara berjemaah adalah solat dua Hariraya, solat gerhana dan solat mohon hujan.
Bubur Lambuk Masjid Bandar Kluang
Cara nak beri sedekah untuk orang berbuka puasa kalau cara dulu, ajak orang datang berbuka kat rumah saya, dulu arwah ayah saya selalu buat. Tapi zaman sekarang macam susah, orang lebih suka berbuka kat rumah sendiri. Tahun ini juga, Masjid Bandar Kluang ada buat bubur lambuk dan beratus-ratus orang boleh ambil bubur itu percuma saja. Yang sedekah itu adalah duit orang ramai yang menderma untuk tabung masjid, maka sedekah kita kepada masjid walaupun berapa sen sekalipun tetap dikira di sisi Allah Taala.
Tahun ini juga, Masjid Bandar Kluang sediakan makanan untuk berbuka puasa setiap hari, cuma jumlahnya berubah mengikut permintaan iaitu berdasarkan ramai atau tidak orang yang hadir. Kalau diberitahu ramai orang yang datang setiap hari, maka jumlahnya akan ditambah.
Tahun lepas, ada orang Islam ini dari Singapura beri saya beberapa kotak kurma untuk diberikan kepada orang Islam di Kluang. Saya sendiri tidak mengenali orang yang menderma ini tetapi saya tunaikan amanah beliau untuk memanjangkan sedekahnya ke daerah ini. Beberapa tempat saya kasi seperti masjid dan surau termasuk yang datang ambil apabila saya buat pengumuman.
SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADHAN...
Rezeki tu bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tetapi dalam bentuk kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh, keluarga yang bahagia dan sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian dan Kurniaan Allah SWT..
BalasPadam