Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Julai 2013

Masa Mohon Sijil Halal Bukan Main Bagus, Lepas Tu.....



Tadi satu operasi khas bersepadu  dilakukan di daerah Kluang. Turut serta adalah penguatkuasa JAIJ, Unit Halal JAIJ, KPDNKK, Majlis Perbandaran Kluang dan Kesihatan Kluang. Target operasi adalah restoran 24 jam, kedai kek dan kopitiam. Banyak tempat diperiksa.

Ada satu kedai kek ini sedang dalam proses mohon sijil halal. Pemeriksaan telah dibuat beberap bulan lalu dan sedang tunggu masa untuk dikeluarkan sijil halal. Bagaimanapun, dalam operasi mengejut tadi, kedai kek berkenaan didapati melalukan beberapa perkara yang meragukan. Senang cakap, kalau keadaan macam ni, susahlah nak beri sijil halal. Berbeza sangat semasa melawat kedai berkenaan sebelum ini. Maknanya, mereka berlakon bagus untuk nak dapat sijil halal yer.

Antaranya adalah soal kebersihan dan pakaian pekerja yang tidak dititikberatkan. Dan, satu lagi, dia meletakkan tempat sembahyang agama dia dalam kedai berkenaan. Bukan kecil tapi besar. Masuk saja kedai, terus nampak. Dulu semasa pemeriksaan hendak dapat sijil halal, tempat sembahyang tu tak ada. Jadi, fikir-fikirkanlah, layak ke kedai kek ini dapat sijil halal yer?

3 ulasan:

  1. Kalau boleh mana2 kedai/ kilang yg sudah dapat sijil halal perlu diperiksa secara mengejut...utk memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan yg ditetapkan..

    BalasPadam
  2. Buat kek sendiri jer la...halal, bersih dan selamat untuk keluarga..In Sya Allah.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.