Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 November 2009

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam: Episod 1

:
Akhbar dan tv semalam memaparkan cerita KASTAM yang merampas beberapa biji kereta mewah yang dianggarkan berjuta ringgit harganya. Menurut sumber dari pihak kastam, kereta itu dirampas dan akan dilelong

Sebenarnya, belum tentu kereta berkenaan dilelong secara terbuka. Apabila lelong secara terbuka, ramai orang yang datang. Malangnya hanya tinggal kereta yang sederhana dan kereta berharga murah sahaja. Kereta-kereta mewah lain yang selalu masuk akhbar dan tv, sebelum ini nampaknya tiada dalam lelongan. Harap-harap selepas ini, adalah kereta mewah yang dirampas ini dilelong. Lebih baik dilelong daripada diberi atau dijual secara terus kepada pihak tertentu. Jangan media cerita rampasan banyak kereta mewah, tapi tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, punya tunggu kereta mewah tak muncul-muncul. Adalah juga satu dua kereta mewah, ingatkan banyak sangat macam laporan media.

Ini cerita pengalaman saya sendiri yang dah lebih 10 tahun pegi tengok kereta lelong kastam. Saya pun masuk lelong juga, ada dapat, ada yang tak dapat. Tapi takpe, kalau tak dapat, deposit 10 peratus dipulangkan balik. Lagi satu, Kastam ni rampas kereta patutnya cepatlahh sikit lelong, jangan simpan 4-5 tahun dalam gudang. Kereta ni kalau lama simpan, jatuh nilai.

EPISOD 2 :
http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/03/kereta-lelong-kastam-episod-2_18.html


12 ulasan:

  1. ooh kaya kastam..masuk Mahsul Negara, boleh tambah operasi.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Bukankah kereta yg dilelong itu ada pemiliknya? Adakah kerana tidak membayar cukai, maka hak milik kereta itu gugur dan menjadi harta milik negara?

    Tidakkah ini satu bentuk kezaliman terhadap rakyat oleh kerajaan sekular yang membelakangkan hukum syara'?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah pemahaman sedara ni. Kastam rampas keta2 yg dignkan bwk brg sludup, keta2 yg x byr cukai @ diseludup masuk ke Msia. Keta yg sedara beli kat Car Dealer yg x byr installment tu kastam x rampas, yg rampas Finance Company sbb utang tp x tau nk byr

      Padam
  3. Untuk pengatahuan,kereta yang dirampas oleh kastam telah melanggar beberapa kesalahan termasuk menyeludup masuk kereta dari Singapura atau negara luar lain. Juga ada kesalahan-kesalahan lain yang sememangnya ada dalam undang-undang.

    BalasPadam
  4. salam.. selain kereta dan rumah lelong.. xda barangan lain ker? misalnya handphone, camera SLR dll?

    BalasPadam
  5. bila lelong yg terdakat akan diadakan....
    minta tolong bgtahu saya di nikel_84[at].yahoo.com

    BalasPadam
  6. macam mane nak dapat maklumat ade kereta lelong dari kastam..n macam mane prosedur nak masuk lelong.

    BalasPadam
  7. Macam mna nak dpt maklumat ada kereta lelong dari kastam.

    BalasPadam
  8. Lelong kereta kastam terbaru baru seminggu tutup. Saya tak masuk kali ni walaupun mcm minat nk angkat honda fit 20ribu. Nanti kalau ada lg lelong akan ada iklan dlm suratkhabr dan iklan di pej kastam.

    BalasPadam
  9. Salam,
    Lelong kereta oleh kastam adakah sama dengan lelong kereta oleh gmart?jika beza, sebagai pembeli,lelong mana yg lebih disarankan utk kita cuba?bukan apa,nak mengelak jika tertipu. Harap dapat emel ke along_kmn86@yahoo.com...tq

    BalasPadam
  10. berapa kos tukar nama kereta lelong

    BalasPadam

Dipersilakan komen.