Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 November 2009

Kedai Makan Ternak Lipas


Suatu hari tu kawan saya bawa makan tengahari di sebuah kedai di Kluang. Sampai dai satu kedai, nampaknya pelanggan tak berapa ramai, mungkin belum jam 1.00 kot. Tengok lauk dia banyak juga tapi terdedah dan tak bertutup.

Saya minta nasi putih dan ambil lauk sendiri. Sedang nak pilih lauk, saya nampak anak lipas di dalam lauk kari ayam. Saya beritau tauke kedai tu yang saya nampak lipas. Malangnya tauke tu buat tak tahu saja.

Saya makan juga sebab nasi dan lauk dah ambil, tapi tekak saya tak semena-mena rasa lipas. Sedang saya makan, tauke tu pegi kat lauk kari ayam yang saya kata ada lipas tadi, tauke tu kata lipas tiada, mungkin dia nak salahkan saya pula. Lepas saya makan, untuk puaskan hati, saya jenguk semula pada lauk tu. Rupanya lipas merayap kat lauk yang lain. Lipas tu keluar masuk dari satu lauk ke satu lauk.

Meloyakan betul. ....
Itulah kali pertama dan kali terakhir saya makan di kedai itu. Harap kementerian kesihatan bertegas terhadap kedai-kedai makan seperti ini di Kluang ini. Kesihatan pengguna lebih penting dan pencegahan awal perlu sebelum terjadi  wabak seperti taun. Saya nampak Pejabat Kesihatan di Johor Bahru bertindak tegas, tahniah. Saya lihat kedai yang nampaknya bersih pun diarahkan tutup sebab tak mematuhi justifikasi yang ditetapkan. Peniaga janganlah mengambil kesempatan dengan sikap berlembut pihak berkuasa terhadap mereka. Jadi peniaga kenalah jaga kebersihan, jangan bela lipas.

1 ulasan:

  1. JIKA TIADA TINDAKAN, ADA YANG MAKAN $ BAWAH MEJA LAH NI... APA LAGA, UNDILAH PAKATAN RAKYAT AGAR SPRM BUAT KERJA BERBANDING MEREKA PULAK YANG MAKAN RASUAH? HIDUP MB DARI KALANGAN DAP DI JOHOR 1 HARI NANTI!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.