"CAP amat ingin mengetahui rasional di sebalik tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membenarkan iklan sedemikian disiarkan dalam media arus perdana negara."
Dalam satu kenyataannya semalam, CAP menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak lebih tegas dan proaktif untuk memastikan "iklan-iklan murahan" tidak disiarkan lagi pada masa hadapan.Menurutnya lagi, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia melarang kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mencaci, mengugut atau mengganggu seseorang.
Tambahnya, kandungan yang disifatkan tidak sopan itu pula termasuklah bahan-bahan yang bersifat jelik, tingkah laku tidak sopan dan bertentangan dengan kelakuan yang diterima umum.
"Ini termasuklah bahan-bahan bogel dan seks. Persoalannya apakah iklan mengira seluar dalam wanita ini terikat di bawah akta ini?" kata Mohamed lagi.
CAP juga merujuk peruntukan Akta Iklan Lucah Sopan 1953 yang bertujuan menyekat iklan lucah dan iklan mengenai penyakit berkaitan seks.Menurut Seksyen 3 akta itu, menjadi kesalahan melekat atau menulis di rumah, bangunan, dinding, pintu, pagar, tiang, papan, pokok atau tempat buang air atau mana-mana benda, gambar lucah atau sumbang atau alat bertulis atau cetak.
"Jadi, apakah peranan akta ini dalam membendung iklan lucah sedemikian?" kata aktivis pengguna berpengalaman itu.
Peraduan khas untuk golongan wanita itu meminta pesertanya mengira jumlah seluar dalam di dalam sebuah jam dengan jumlah ganjaran RM1,000 seorang bagi 200 pemenang.Dianjurkan oleh syarikat jenama tuala wanita popular, peraduan itu bermula awal bulan lepas hingga 31 Disember ini.
saya sokong bulat2
BalasPadamtak patut nak kira suar dalam org pempuan
macam dah takde menda lain nak kira
ish ish ish.......
Konon2 nak bagi nampak dramatik,keterbukaan..cheit...
BalasPadamTulah berpaksikan sangat dengan budaya luar..menghampiri kepada keterlaluan..haih....