Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 November 2009

Sayangkan Cucu, Belikan Moto Baru



Seorang nenek di Kluang, belikan moto baru kepada cucunya yang baru sekolah menengah tingkatan satu. Sayang punya pasal, duit RM 5000 lebih dikeluarkan sebagai tanda sayang pada cucu. Semalam, cucu kesayangannya itu terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba moto dengan kawan-kawan dia di satu jalan kampung.

Menurut ceritanya, dia berlumba dengan 3 biji moto bersama kawan-kawan sebayanya. Sampai di satu selekoh, dia terbabas dan terlanggar belakang lori trailer yang berhenti. Dia terpelesuk ke bawah lori tu. Ini menyebabkan dia cedera parah, kaki kanan dan tangan kanannya patah, sekarang masih terlantar di hospital Kluang.

Kepada ibubapa, atok dan cucu sekalian..... Kalau sayangkan anak dan cucu, janganlah belikan moto. Budak umur macam ni dia bukan boleh fikir panjang, lesen memandu pun belum ada. Kalau dah kemalangan macam ni, siapa yang perlu dipersalahkan ? Kalau saya, saya salahkan nenek dia.


4 ulasan:

  1. Assalammualaikum Tuan

    Allah masih beri peluang pada budak tu untuk menikmati indahnya hidup di dunia ini.

    Bagi saya, jika sayangkan anak anak kita, jangan belikan dia motorsikal, PSP, PS2, handphone, dan lain lain yang boleh melalaikan pembesaran mereka.

    Kita dulu pun tak de benda benda tu, jadi orang juga kan?

    Syukur kepada Allah. S.W.T

    Jazak Allah hu khairan

    BalasPadam
  2. Sayangkan isteri..tinggal-tinggalkan
    Sayangkan anak..tangan-tangankan
    Sayangkan cucu..beli-belikan motor?tak kena tu..

    BalasPadam
  3. Ada orang kata pulak... "sayangkan suami, izin-izinkan". Ulang suara, bukan saya kata yer, orang lain kata.

    BalasPadam
  4. Izin-izinkan? Ya.. dpt payung emas kan? Hehehe

    BalasPadam

Dipersilakan komen.