Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 November 2009

Remaja Perempuan Ditendang Dan Dipukul Selepas Diragut

JOHOR BAHARU, 4 Nov (Bernama) -- Seorang remaja perempuan ditendang dan dipukul selepas rantai yang dipakainya diragut dua pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah taman permainan, di Taman Scientex, di sini, Rabu lepas.Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainudin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang selepas mangsa yang berumur 16 tahun yang sedang duduk di depan rumahnya diajak dua pelajar lelaki itu ke taman permainan berkenaan.

"Kedua-dua pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah itu mengajak mangsa ke taman permainan itu dengan alasan untuk berbual.

"Mereka kemudian meragut rantai perak yang dipakai mangsa sebelum menendang dan memukulnya hingga mengakibatkan kecederaan di bahagian muka dan kepala," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini, Rabu.

Roslan berkata siasatan awal mendapati dua pelajar lelaki terbabit tidak mengenali mangsa dan menaiki motosikal sebelum menghampiri mangsa dengan berjalan kaki. Beliau berkata polis yang menerima laporan dari keluarga mangsa berjaya menahan kedua-dua pelajar itu di taman permainan yang sama, kira-kira pukul 6.45 petang, keesokan harinya dan mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.--BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.