05 November 2009
SEMINAR PENGUATKUASAAN
Siang tadi, pejabat Agama Kluang menganjurkan satu Seminar Penguatkuasaan Jenayah Syariah di dewan Masjid Jamek Kluang, bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan perlaksanaan undang-undang ini. Seminar ini diadakan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Ibupejabat. Majlis yang saya rasmikan ini, disertai beberapa jabatan kerajaan seperti polis, tentera, penjara, RELA, Pengetua Sekolah, Penghulu, Ketua Kampung dan beberapa pemimpin masyarakat. Kehadiran peserta cukup memberansangkan.
Ceramah dan pembentangan kertas kerja disampaikan oleh Ustaz Mohd Noh bin Kadri, Ketua Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor berkaitan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Manakala saya menyampaikan ceramah kedua berkaitan " prosedur Jenayah Syariah Johor". Peserta juga diberi kesempatan untuk bertanya soalan kepada penceramah. Di antara soalan yang hangat adalah berkaitan mengajar tanpa tauliah yang hebat diperkatakan sekarang. Dengan penjelasan yang diberikan oleh penceramah, kekeliruan telah berjaya dijelaskan.
Alhamdulillah, berdasarkan komen dan ulasan peserta menyatakan, program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang. Contohnya komen dari seorang pengetua sekolah, menyarankan Pejabat Agama Kluang supaya memberikan taklimat ini kepada pengetua dan guru-guru lain untuk memberi pendedahan kepada mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.