Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 November 2009

Nissan Masuk Peugeot (Episod 5)


Pakailah kereta Peugeot, keretanya seronok  dipandu. Dulu Kastam pakai kereta ni sebab kereta ini laju, mudah nak kejar penyeludup. Sekarang kereta ini semakin dilupakan kerana banyak model baru keluar. Ini menyebabkan harganya jatuh teruk.Tapi saya rasa kereta-kereta baru sekarang yang harganya sangat tinggi, belum tentu sedap dipandu seperti kereta ini.

Kereta saya Peugeot SR tahun 1996, saya beli RM 5,500  tahun lepas. Murah saja. Kemudian repair sikit enjin dalam RM 1000, maknanya kereta tu saya beli RM 6,500. Kalau beli kereta baru, 6,500 itu baru untuk duit muka, kemudian bayar 600 sebulan sehingga 9 tahun. Jadi, oleh kerana saya beli tunai, saya tak ada hutang kereta.

Baru-baru ini, karburator saya mengalami kerosakan, pomen kata karburator dia  ada masalah. Saya tanya beberapa pomen, ada seorang pomen Cina di Kluang cadangkan saya pakai karburator van Nissan C22. Dia kata, dah pasang banyak kereta peugeot kat Kluang guna karburator ni. Mulanya takut juga nak cuba, tapi beranikan juga. Saya tukar karburator ni, kosnya tidak terlalu mahal, harga siap pasang RM 480.00.


Lepas tukar karburator, barulah rasa keseronokan bawak peugeot. Sekarang saya syok bawak kereta ini, paling syok masa bawak laju di selekoh. Stering dia kemas dan mencekam. Kereta lain saya dah tak berapa bawa sekarang sebab bawak peugeot ni jer. Baru ni pergi Melaka, sejam saja dari Kluang ke Melaka. Janganlah tanya berapa kmj saya bawak.

Kepada sesiapa yang pakai pegeout, kalau nak tukar karburator, boleh tanya saya untuk keterangan lanjut. Bukan nak niaga tapi nak menggoda (macam iklan 'kopi janda').

Cerita Kereta Episod 6,klik sini

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan... Salam ziarah sahabat. Saya baru balik dari kursus pra perkahwinan di jabatan agama islam muar tadi. Kalau tuan perasan saya org yang pakai snowcap ada lambang PAS. Terima kasih atas ceramah tuan yang bersemangat.

    Sedikit info buat teman2 blogger. Perkara remeh yang kita kurang perasan n tutor 4 the latest readmore. Tengok jangan x tengok.. sila KLICK DISINI

    Semoga bermanfaat insyaAllah..

    "sebaik baik manusia ialah org yang dapat memberi manfaat pada org lain" (Hadith riwayat Al-Qudhi)

    Blog tuan bagus dan bermanfaat..!! Teruskan menulis.. semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan insyaAllah. Wassalam.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana memberi komen dalam blog saya.
    Teruskan mengikuti blog saya.

    BalasPadam
  3. salam, tuan apa kata pasang turbo...huhuhu

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ustaz

    saya pun pakai peugeot SR macam ustaz punya, tahunnya pun sama iaitu 1996. saya beli masa saya duduk melaka, Plat MAH dan sehingga kini dah catat 286xxx km. Perjalan sebenar mungkin lebih banyak krn ada tempoh 2 bulan mileage meter rosak.

    Skrng saya tinggal di Pahang.Cari pomen yang mahir peugeot pun susah dan cari spare part pun susah. Pada masa ini carburetor saya bocor..Banyak bahanapi yang menitik/menintis keluar....ada risiko terbakar kalau ada percikan api.

    Apabila baca blog ustaz saya pun berminat nak tukar carburetor nissan sbb murah banding dengan kalau guna carburetor ori peugeot [itu pun kalau spare part masih ada di pasaran].

    Saya harap ustaz dapat beri maklumat lanjut kedai pomen yang ustaz tukar carburetor itu. Perjalan saya ke Kluang dari sini jauh dan semolek-moleknya saya nak telefon dulu tanya bila pomen itu boleh buat dan lepas itu baru saya pergi ke sana.

    Terima kasih dan wassalam.

    abdul manan

    BalasPadam
  5. Saudara Abdul Manan... Nanti sila telefon pomen 'Pendek', nanti dia ambil barang kat kedai 'Panjang'. Nanti sila email yahoo saya, saya kasi no tel Pendek.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.