Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 November 2009

Misteri rumah terbakar


KULIM: Sebuah keluarga di Kampung Charok Meranti di Bandar Baharu di sini terpaksa hidup dalam sebuah bangsal sejak dua tahun lalu apabila rumah mereka dilanda satu fenomena aneh iaitu kebakaran misteri. Bangsal berukuran tiga meter itu menjadi bilik tidur keluarga Mohamad Sidek Hamid, 49, dan isterinya Fauziah Ishak, 48, serta enam orang anak mereka. Mohamad Sidek berkata, mereka terpaksa tinggal dalam bangsal itu kerana rumah batu milik mereka tidak dapat didiami kerana diganggu oleh kebakaran misteri dan baru-baru ini bilik tidur utama rumah itu terbakar secara tiba-tiba.


"Kebakaran dalam bilik itu memusnahkan almari pakaian dan buku sekolah anak-anak, beberapa buah kitab suci al-Quran dan kebakaran aneh ini sering berlaku ketika saya dan keluarga tiada di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini. Beliau berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Serdang telah datang menyiasat kes kebakaran pada hari kejadian dan beliau turut membuat laporan polis mengenai kejadian aneh itu. Mohamad Sidek, berkata apa yang menghairankan ialah salinan laporan polis itu yang disimpan dalam sebuah laci almari juga terbakar walaupun almari itu tidak terbakar. Kebakaran misteri itu muncul sejak mereka mula mendiami rumah itu setelah membelinya dengan harga RM40,000 menerusi Skim Mesra Rakyat pada 2007.

"Kini seluruh anggota keluarga mengalami trauma dan sering ketakutan serta tidak lagi mampu menanggung masalah yang dihadapi kerana wang simpanan dalam rumah itu juga akan hilang.  BERITA HARIAN



1 ulasan:

Dipersilakan komen.