Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 November 2009

Kepala bayi berulat ditemui dalam timbunan sampah





KUALA TERENGGANU: Kepala bayi tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di Kampung Banggol Permaisuri, Setiu hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Fuzi Abduri, berkata kepala bayi itu ditemui pada kira-kira jam 1 pagi oleh seorang penduduk kampung yang ingin membuang sampah di tempat pembuangan sampah itu.

"Badan bayi yang dipercayai dibuang di situ sejak seminggu lalu, dipercayai dimakan binatang buas," katanya di sini.

Beliau berkata, sehubungan itu, polis menahan seorang suri rumah berumur 41 tahun pada jam 3.30 pagi ini bagi membantu siasatan kes itu. Mohd Fuzi berkata, siasatan awal polis mendapati wanita yang ditahan itu baru rujuk dengan bekas suaminya kira-kira sebulan lalu. - Bernama

2 ulasan:

  1. kalau manusia dah takde perasaan sayangkan anak beginila jadinya... haiwan pun tau sayng kan anak

    mintak jauhla dri diri saya dn hamba2 Allah yang lain...nauzubillahiminzalik

    BalasPadam
  2. kalau dah rasa2 tak nak jaga baby tu, pas pas kat sesiapa yang idam2kan anak...
    anak itu kan rezeki daripada ALLAh swt, haiwan pun takan buat macamtu pada anak, jadi kita nak gelar apa pada manusia yang buang anak ni ek????

    BalasPadam

Dipersilakan komen.