KANGAR: Seorang penjinak ular terkejut menemui mengkarung yang dianggap aneh kerana mempunyai ekor bercabang dua, di sebuah rumah di Kampung Sungai Baru, dekat Sungai Batu Pahat, semalam. Mengkarung aneh berwarna coklat muda hampir 15 sentimeter itu ditemui Amran Abd Rahman, 37, secara tidak sengaja ketika mencari seekor ular tedung yang dikatakan memasuki kediaman penduduk kampung, kira-kira jam 10.30 pagi. Amran berkata, ketika ditemui terdapat dua mengkarung termasuk satu daripadanya yang mempunyai ekor bercabang dua, dipercayai sepasang di kawasan belakang rumah berkenaan.
"Saya percaya mengkarung itu jenis betina berdasarkan reaksi pasangannya yang cuba menerpa dan mendekati ketika saya cuba mendapatkan mengkarung aneh itu.
“Selepas hampir sejam berusaha, mengkarung itu dapat dijinakkan dan tidak kekok lagi untuk dipegang," katanya yang dikenali ramai sebagai antara penjinak ular terkenal di Perlis. ..BERITA HARIAN
salam ziarah,
BalasPadammengkarung ,ekor bercabang dua biasalah tuan
yang kita takut manusia, lidah bercabang dua..
setuju pendapat ajahare...
BalasPadammanusia yang lidah bercabang lagi menakutkan dari mengkarung ekor bercabang
kalau mengkarung boleh awet buat pameran, kalau manusia......tak tau nak wat camana....awet jugak kot biar orang tahu, buruknya manusia lidah bercabang ni, kan kan kan tuan kadi...