Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 September 2009

DULU SAYA PAKAI CERMIN MATA , SEKARANG TIDAK



Tahun 1995 dahulu, mata saya dah mula rabun. Pergi periksa berkomputer, saya kena pakai cermin mata, power 250 lebih. Buat cermin mata waktu itu RM 380, itu pun pakai bingkai murah saja. Mula saya rasa rimas pakai cermin mata, aktiviti lasak saya seperti latihan tentera dan sukan ping pong semakin terbatas sikit.
.
Saya teringat ubat Qurataaini yang katanya boleh kurangkan power cermin mata, hingga orang yang dah pakai pun bole tak pakai semula. Saya pun beli ubat tu di Temerloh, waktu itu ubat itu baru saja popular di Temerloh, serupa juga orang Sri Medan  yang kenal minyak Dakam.
.
Saya ke rumah Ustaz Fairuz di Kampung Lebak Temerloh dan berjumpa dengannya. Dia cadangkan saya pakai ubat itu yang berharga RM 12, dia kasi diskaun RM 10 sebab saya baru nak cuba ubat itu. Selepas beberapa minggu, kesannya cukup nampak. Saya sudah mula tidak pakai cermin mata. Sejak dari itu saya tidak pakai lagi cermin mata, malah sehingga sekarang satu tak tahu di mana saya simpan cermin mata yang saya beli RM 380 dahulu.Menurut nasihat Ustaz Fairuz itu, mata saya mungkin ada selaput yang menutupi. Ini biasa berlaku sama ada disebabkan kencing manis atau kolestrol atau lemak atau resdung. Ada juga yang tidak perlu pembedahan mata selepas menggunakan ubat ini.
.
Sekarang pusat pengedaran ubat sudah pindah ke Kuantan dengan kedainya di MPK Kuantan. Saya singgah di Kuantan dalam perjalanan ke Terengganu. Sempat saya beli ubat 2 botol yang berharga RM 12.90, untuk kegunaan setahun. Pengedar ubat ini ada di seluruh Malaysia dan ada dijual di kedai-kedai jamu.
.
Anda percaya atau tidak, 14 tahun lalu pakai cermin mata, sekarang tidak lagi. Mungkin ramai yang takut mencuba kerana mata ini satu organ yang sensitif dan orang kita takut mencuba, tapi saya telah buktikan. Ubat ini ada beberapa harga, untuk kegunaan biasa RM 4.50 dan RM 7.20 saja untuk kegenaan cuci mata, yang ada masalah power macam saya dulu RM 12.90, yang power lebih 500 ke atas disyorkan harga RM 52.00 yang power lebih 700 harganya RM 178.20, power 1000 ke atas harganya RM 488.

Pengalaman saya, ubat ini ada pedih sikit tetapi untuk tidak pedih, pejamkan mata dalam 20 saat sebelum buka. Ubat ini tidak bahaya kalau pakai banyak kali, malah lebih baik. Seperkara lagi, kalau power cermin mata sudah turun, boleh berhenti  pakai ubat ini. Saya cuma menggunakan setahun dalam beberapa hari saja.
.
Ada ramai orang yang dulunya pakai cermin mata tapi sekarang tidak lagi selepas guna ubat ini. Saya tidak ada kepentingan dalam bisnes ubat ini, cuma saya nak beritahu ubat ini bagus. Sekarang sudah dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak tahu lanjut tentang ubat ini sila lawat http://www.qurrotaaini.com.my/  ,
boleh juga tengok video
 http://www.youtube.com/watch?v=_VBKW5FtAnY&feature=player_embedded .
selamat mencuba, insyaallah berkesan.


Kedai di MPK Kuantan yg saya pergi baru-baru ini

10 ulasan:

  1. Salam ustaz...terima kasih kerana memberi info tentang ubat Qurataaini...ingat nak cuba dahulu nanti...dah lama sangat pakai saya pakai cermin mata sejak usia 7 tahun...memang terbatas juga la kalau nak buat aktiviti lasak...huhu

    http://azrulhisham.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam. nk tanya mengenai artikel ni, betol ke produk ni berkesan? sebab bila sy cek num pndftran kt biro farmsi kebgsaan, x kluar pun result. sy berminat nk guna sbb power spek smkin naik, dan saya mmg x suke pkai spek. serabut. tlong gtau. tq

    BalasPadam
  3. Usher...
    Boleh telefon kepada pengeluar. Boleh layari laman web berkenaan.

    BalasPadam
  4. salam..di alor setar ada tak kedai yg jual produk ni?t.kasih

    BalasPadam
  5. Seluruh Malaysia ada ubat ni. Sila hubungi pegeluar, sila buka laman dia.

    BalasPadam
  6. salam timeksh ust kerna bagi info tentang ubat mata nie.saya nak cuba jge ubat nie,

    BalasPadam
  7. wahhh ini sudah bagus....nak try lah ubat ni,hari ni mesti cari, tq bagi info.

    BalasPadam
  8. pasir gudang ad tak...kalaw power bawah dr 200 boleh pakai tak??

    BalasPadam
  9. macam mane nk dapat produk ni klau kat Sarawak ekkk..please info...

    BalasPadam
  10. info yang sangat bagus. adakah ubat ni sesuai untuk bayi 1 tahun keatas?. kalau sesuai di mana saya boleh dapatkannya. saya dari sabah. terima kasih

    BalasPadam

Dipersilakan komen.