14 September 2009
SERUAN KEPADA UMAT ISLAM : HORMATILAH RAMADHAN
Saya amat dukacita apabila melihat orang Islam yang menjual makanan dan minuman seawal jam 10 pagi di Kluang pada bulan Ramadhan. Lokasinya, tidak perlu dinyatakan di sini, yang pasti berada dalam daerah Kluang, malah berdekatan dengan rumah saya dan pejabat kerajaan lain. Ramai orang Islam yang datang membeli secara bungkus. Hairannya peniaga kemudiannya menutup kedai lebih kurang jam 3.00 petang kerana jualan sudah habis terjual..... Ini menunjukkan pelanggannya terdiri daripada orang yang tidak berpuasa.
Minggu lepas, saya telah berbincang dengan penguatkuasa JAIJ Kluang untuk mengatasi masalah ini. Satu operasi telah dijalankan dengan penguatkuasa MPK. Sembilan peniaga telah diberikan saman hadir oleh penguatkuasa JAIJ serta amaran keras telah dikeluarkan.
Amat malang, selepas tiga hari hanya segelintir sahaja daripada mereka yang menghentikan kegiatan menjual seperti ini. Yang lain terus berdegil. Mereka terlalu mementingkan dan mengejar keuntungan dan bersubahat dengan orang yang tak puasa. ... Harmatilah Ramadhan.
Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dahulu, saya sangat malu kerana pada suatu hari saya mendapat aduan dari seorang Cina bukan Islam yang membuat aduan, ramai orang Islam datang makan ke kedainya. Saya terus bertindak dan menahan beberapa lelaki manakala yang lain sempat melarikan diri.
Bagaimana dakwah boleh berjaya kalau orang Islam sendiri tidak memberikan contoh tauladan yang baik. Jangan salahkan sesiapa kalau dakwah tidak mencapai sasarannya............................ LU FIKIR LE SENDIRI

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ustaz, mereka ni menyediakan banyak alasan. Saya pernah tanya tuan punya warung yang saya nampak orang 'bersahur' sampai pukul 7.30 pagi
BalasPadamdi warungnya. Antara alasan itu ialah:
1. Kereta saya siapa nak bayar?
2. Anak saya kat U tu sape nak bagi duit?
3. Awak bolehlah kerja tetap, saya?
Jadi, sekarang pejabat agama kena lebih tegas,
bagi kursus dakwah kepada mereka ni. Alasan itu samalah alasan pelacur apabila di temu ramah oleh wartawan (akhbar tabloidlah biasanya).
Bukahkah banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat semasa bulan Ramadhan ini? Sebagai contoh berniaga di bazar Ramadhan? Atau menjual kelengkapan Hari Raya.
Apapun alasan mereka, adalah tidak berkat kerana mereka memberi kemudahan untuk orang yang tidak berpuasa.