Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 September 2009

KHALWAT DENGAN CINA

Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah khalwat dengan bukan Islam


KANGAR 30 Sept 2009: Pegawai imigresen,  31, yang dituduh berkhalwat dengan lelaki bukan Islam, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, pagi ini.

Tertuduh dikenakan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes akan dibicarakan pada 4 November ini.

Kes dikendalikan Ketua Hakim syarie, Osman Ibrahim, manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Ahmad Fikri Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa berkurung dengan Yeoh wei Meng, 35, ketika ditahan anggota Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) di sebuah bilik di Hotel Putra Palace, jam 5.30 pagi, 24 September lalu.

1 ulasan:

  1. berkurung dengan berkhalwat tu sama tak?

    dulu saya pernah melawat pusat pemulihan akhlak di cheras. masa borak2 dengan seorang pelatih kat situ, saya tanya kes apa yang membuatkan dia ditahan. dia kata, berkurung. seorang lelaki dengan 4 perempuan.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.