Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 September 2009

RAMAINYA ORANG DI PLAZA ANGSANA


Memang tiap tahun sepanjang Ramadhan, Angsana penuh sesak, 99 % pengunjung adalah Melayu. Malam tadi jam 9.40 saya ke angsana, ramainya orang.....Alhamdulilah, ramai orang yang beratur untuk membayar zakat fitrah kepada amil yang ditempatkan di situ. (sempat juga saya ambil gambar)
Kalau ke Angsana, saya paling minat pergi kedai Badan Cemerlang. Sempat beli 2 buah buku. Sebut pasal kedai buku Badan Cemerlang, tuan punya kedai tersebut saya kenal, alhamdulillah orangnya baik. Saya bangga kerana Badan Cemerlang adalah lambang kejayaan orang Melayu Islam yang berjaya dalam perniagaan, sepatutnya dijadikan model oleh orang lain.
Mula saya kenal rapat dengan tuan punya kedai ini, bila dia panggil saya ceramah maulidur rasul tahun 2007 di surau dia di sebuah taman di Johor Bahru. Beliau sendiri datang ke pejabat jemput saya untuk beri ceramah. Mulanya saya rasa rendah diri nak berceramah di situ. Tapi dia kata, Ustaz Mursid Mahrof yang cadangkan saya beri ceramah di situ, untuk kupas isu ekonomi Islam dan keusahawanan. Akhirnya saya akur dan berceramah di situ.
Ramainya orang di angsana membeli belah menunjukkan keadaan ekonomi yang orang kita dalam keadaan mewah, stabil dan mencukupi. Di negara lain, seperti Palestin, Iraq, Afghanistan, belum tentu orang Islam dapat berbelanja untuk persiapan raya seperti ini. Tapi kita perlu ingat, di negara kita, termasuk di bandar juga ada orang miskin yang tidak semewah hidup kita. Jadi selain zakat fitrah, kita jangan lupa bayar zakat harta juga. Ramai orang Islam yang akan dapat manfaat kalau kita berzakat. Perlu diingatkan juga, zakat harta ini bukan hanya di bulan Ramadhan tetapi sepanjang tahun kalau cukup syarat-syaratnya.
Masa jalan balik, saya lalu di hadapan Restoran Osman (mamak) di sebelah Maidin sekitar jam 10 malam. Orang sangat ramai sampai kerusi dan meja melimpah hingga ke luar. Ini satu lagi contoh kejayaan usahawan restoran. Tapi soalnya kenapa kedai mamak yang berjaya, kenapa bukan restoran melayu.
Sebuah restoran di hadapat Maidin, sederet Bank Islam sudah ditutup rupanya, ditukar kepada kedai aksesori kereta milik orang Cina. Sedangkan restoran ini sangat strategik berbanding restoran Osman ,di tepi jalan utama, di belakangnya rumah flat. Saya pernah 2 kali makan di restoran ini, tapi 2 kali juga saya menyesal makan di situ. Pertama, masakannya tidak sedap mana, tidak seindah nama dan kedudukannya. Kedua, harga makanannya sangat mahal, tidak berpatutan. Kehendak pelanggan kena jaga, bukannya nak mendapat keuntungan semata-mata. Sekarang kedainya sudah tutup, mungkin meninggalkan hutang yang berpanjangan.
Saya minta maaf kalau komen saya PEDAS DAN PAHIT, tapi kita sama-sama fikirkan. Nabi Muhammad SAW adalah seorang usahawan, Siti Khadijah isteri Nabi juga usahawan wanita yang paling berjaya, Islam sudah ada model usahawan yang berjaya. Orang Islam boleh berjaya. SEKIAN WASSALAM








1 ulasan:

  1. kenapa kedai mamak ramai org?
    sbb dia x kisah org order segelas tp duduk dr pagi smpi malam.kedai org kita, duk lama order minum tak order makan..tuan kedai berdehem banyak kali ;)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.