Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 September 2009

ZIARAH DAKWAH KE HOSPITAL KLUANG

Pagi tadi saya ke Hospital Kluang untuk menyampaikan sumbangan kuih dan duit raya bagi pihak Majlis Agama Islam Johor. Sejumlah 200  bungkusan, terdiri dari kuih raya, tuala, air dan beg diserahkan kepada pesakit sama ada Islam.

Manakala duit raya RM 50 seorang hanya diberikan kepada pesakit Islam sahaja.

"Pesakit telesemia dapat bungkusan dan duit raya"
"Pesakit telesemia bangsa Cina menerima bungkusan"
"Pihak Hospital Kluang yang menerima bungkusan untuk diagihkan ke katil pesakit"
Tahun ini penyerahan dilakukan secara ringkas sahaja, setelah mendapat nasihat daripada pihak Kesihatan untuk membendung penyebaran virus H1N1. Bagaimanapun saya berpeluang menemui 2 orang pesakit di klinik telesemia. Saya tanya jururawat di situ, telesemia itu sakit apa, dia kata sakit berkaitan darah.

Sebenarnya, lebih meriah kalau rombongan dari pejabat agama sendiri dapat melawat dari katil ke katil untuk bertanya khabar pesakit. Kita juga dapat merapatkan silaturrahim dan seterusnya meyampaikan sumbangan.

Bagaimanpun,kami akur dengan nasihat pihak kesihatan, isyaallah tahun depan, kami dapat lakukan ziarah secara terus kalau penyakit H1N1 semakin terkawal. Sama-sama kita doakan kesejahteraan dan kesihatan umat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.